Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

Ya sahabatku, Hakimi, Aku merinduimu


Ingat lagi, perjalanan merentasi negeri kelantan pada bulan januari tempoh hari, ALLAH bagi satu pengalaman dan 'hadiah' baru buat diriku, Aku seakan tidak percaya bahawa doaku dimakbulkan di negeri serambi mekah ini. Mungkin diri ini sahaja yang mengerti betapa berharganya 'hadiah' tersebut buat diriku.

Pergi ke negeri kelantan bukanlah satu perancangan awal buat diriku, Aku sudah lama merindui saat untuk pergi ke negeri kelantan, sudah lama aku ingin menjejaki ke bumi serambi mekah itu dan akhirnya ALLAH kabulkan doaku jua. Alhamdulillah.syukur kepadaNYA yang telah memberikan aku peluang dan ruang untuk mengembara dan mentadabbur alam.

Aku teringat lagi, sebelum pergi ke kelantan, sudah tiada tiket lagi untuk diriku, aku benar-benar terasa bahawa doaku tidak dimakbulkan, tetapi aku redo sahaja kerana aku tahu, waktu itu rezeki ku belum mucul lagi, aku pasrah dan aku juga kekurangan kewangan ekoran maktab belum lagi mengeluarkan elaun untuk pelajar-pelajarnya.

Tiba-tiba satu hari, Kawanku yang ingin pergi ke kelantan, Solihin berkata kepadaku
'wan, ko nak pergi kelantan tak? tolonglah, aku ada hal ni, kalau ko nak, ko cakap, tapi kalau boleh aku nak ko pergi juga..

aku terdiam, kaku dan tidak langsung terfikir untuk ke sana memandangkan aku ingat doaku belum masanya dimakbulkan. Aku cuma berpesan kepada Solihin bahawa aku akan berikan jawapan pada malam nanti KERANA aku belum lagi memberitahu kepada ibu bapaku, tetapi jauh dibenakku terfikirkan ayah dan ibuku yang agak kurang membenarkan aku untuk berjalan jauh apatah lagi negeri kelantan memerlukan perjalanan yang jauh. AH, aku pasrah pada ALLAH, aku cuma mampu berdoa dan berusaha..

Malam itu...

Aku berada di tingkat atas masjid Imam syafie, aku bermunajat berseorangan kepada ALLAH , aku memohon jawapan daripadaNya, setelah itu aku telefon ibu bapaku dan jawpaan daripadaku aku anggap jawapan daripada ALLAH jua.

Sahabatku, Rizduan Ishak menyuruh aku menelefon ibu bapaku, lantas aku dalam keadaan berdebar menelefon ayahku..

telefonku diambil,lantas menaip no hp ayahku,...
panggilan diteruskan..
tut..tut...tut...
hello,assalamualaikum,abah,abah sihat?
bah,iwan ada sesuatu nak cakap dengan abah ni, abah..iwan nak pergi kelantan boleh?
ayahku tanpa bercakap panjang menjawab...
BOLEH..

Hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya Hatiku mendengar jawapan daripada ayahku..
ALLAH maha berkuasa, Dia akan memenuhi permohonan hambanya biarpun lambat..aku bersyukur, lantas berita kegembiraan itu aku sampaikan pada sahabatku yang lain,mereka juga tumpang gembira...

Apabila berada di Kelantan....

Aku gembira berada di sana, menumpang di rumah sahabat sekelasku, Saifullah Hanif di Machang begitu menyeronokkan ditambah dengan familynya yang happening. Pelbagai tempat telah ku lawati di negeri Kelantan ini dan ternyata aku begitu berpuas hati dengan pengembaraanku ke negeri kelantan, Biarpun banyak berhabis duit, aku tidak sesekali menyesal kerana bagiku pengorbanan untuk mengembara itu satu pengalaman.

Hari itu aku tidak akan lupakan....

waktu itu, selepas berhabis jalan di Rantau Panjang, kami lima sahabat pulang lewat dan singgah sebentar solat maghrib di satu masjid berdekatan Um nilam Puri. Waktu itu aku lihat kelihatan ramai sahabat-sahabat sahabatku, sazly dan rizduan di Masjid tersebut, maklumlah, mereka pernah belajar di Um tersebut selama sebulan sebelum memasuki maktab ini, aku cuma dapat melihat mereka dari jauh dengan gelak tawanya, dengan senyuman keriangan dan pelukan umpama mereka sudah lama tidak berjumpa, aku pun tumpang seronok melihat sahabatku gembira...

Tetapi,apa yang ku kesali, sikap pemalu aku terlalu tinggi, aku tidak biasa untuk menegur orang yang tidak ku kenali, tetapi aku bukanlah sombong, aku akan mesra apabila orang menyapa diriku ini dan aku akan anggap mereka yang menyapaku sahabat walaupun tidak pernah berjumpa. Waktu itu di kedai makan, kami dan sahabat-sahabat dari UM makan bersama di kedai tersebut, tiba-tiba seorang kenalan dari Um datang kepadaku dan memberi salam, aku menjawab salamnya, dia merupakan sahabat kepada sahabatku, rizduan dan jali. Dari jauh terpancar nur di wajahnya, OPS,LUPA..namanya muhammad hakimi bin Ismail..

Dia datang kepada kami, makan bersama kami, berborak juga bersama kami, aku memang pantang diajak berborak lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu-isu islamik, Aku cukup tertarik dengan akhlaknya, dia sentiasa bersangka baik dalam setiap percakapannya, malah dia mudah mesra dengan orang disekelilingnya walaupun dia tidak mengenali orang tersebut.

Aku juga terasa sesuatu apabila mula mengenali sahabatku ini, terasa sekaan SATU kelainan, mungkin diriku sendiri yang tahu apa itu kelainannya. Aku terasa doaku semakin dimakbulkan. Tetapi waktu itu aku tidak mengetahuinya bahawa rahmat itu semakin dekat denganku. Puas berborak, kami mahu pulang ke rumah saiful di machang, sebelum meninggalkan kedai tersebut, Hakimi meminta no telefonku, lantas aku bagi no telefon aku kerana aku sudah lewat ketika itu.

Tetapi apabila meninggalkannya buat seketika, hati terasa ada sesuatu yang menyedihkan jiwa, aku terfikir-fikir ketika berada dalam kereta, kenapa aku bersedih? kenapa aku perlu menangis? ya allah..siapakah hakimi itu? mengapa dia tiba-tiba muncul dalam hidupku? aku menjadi kebingungan...tidak mengerti,

Rupanya ALLAH sudah memakbulkan segala doaku yang ku pinta dahulu, Terima kasih Ya ALLAH. sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Hakimi merupakan sahabat yang banyak mengambil berat dengan sahabatnya, dia tidak pernah lupa pada sahabtnya walaupun sahabatnya itu baru dikenalinya. Aku mula rapat dengannya hanya melalui sms dan bersemuka tidak sampai setengah jam. Dia yang banyak memberikan semangat kepadaku saat aku mula jatuh, dia yang banyak menelefonku. Ya allah, aku bersyukur sangat, selama perkenalan dengan ramai sahabat, walaupun sebentar dan tidak ada ukhwah yang kuat, Hakimi membuktikan dia sahabat contoh kepada diriku..

Pernah juga satu masa dia menelefonku berjam-jam untuk memberikan semangat kepadaku, Dia mengingatkan aku banyak perkara yang aku tidak pernah tahu sebelum ini, Hingga kini, aku terlalu merindui sahabat sepertinya, sahabat yang baik yang banyak membangkitkan semangatku ketika mana aku jatuh, dia meniupkan semangat untuk aku pulih semula..

satu masa dulu, aku berdoa kepada ALLAH supaya dikurniakan sahabat yang boleh memberikan nasihat yang berkesan pada diriku, yang tidak meninggalkan diriku dalam kesesatan, yang sentiasa berhubung denganku pada waktu susah dan senang, dan ALLAH kurniakan Hakimi kepadaku, sahabat yang padanya terdapat sinar cahaya untuk memapahku ketika aku berada dalam kesesatan. Sahabat itu telah mucnul dalam hidupku, akan ku jaga persahabatan ini dunia akhirat...

Hakimi, ang sahabat aku dunia akhirat..
terima kasih ya ALLAH kerana kurniakan sahabat sehebat hakimi, padanya terdapat semangat jihad yang luar biasa, apa yang menghairankan, aku begitu rapat dengannya walaupun melalui sms, kami banyak berkongsi masalah, apabila kimi ada masalah, dia akan berkongsi denganku, apabila aku ada masalah, selepas ALLAH, aku akan mengadu pada Kimi, kimi memang mengambil berat sehingga kimi sanggup telefonku, beri fokus padaku, bagi penyelesaian..

ya alah, aku rindu sahabatku itu..
kimi, uhibbuka fillah....

Khamis, 27 Januari 2011

Aku dapat 'rummate' Baru


Alhamdulillah,setelah sebulan berada di IPG KPI ini,banyak pengalaman yang telah aku peroleh. Maklum sahajalah,naik sem2 sahaja sudah tidak sama keadaannya ketika berada di sem1 dulu. Kalau dulu, kami tidak berapa kenal antara satu sama lain,sering sahaja berlaku pertelingkahan perkara-perkara kecil,tetapi bila naik sem2 sahaja,kami sudah saling berkenalan dan nampaknya semakin rapat ukhwah antara kami rakan sekelas.

Hari yang agak meletihkan..

Naik sahaja sem baru,banyak perkara yang berlaku setelah sebulan berada di sini, saya terpaksa berpindah bilik ke aras 4 setelah bilik di aras satu (bilik lama) mengalami demam proses 'wiring'. Apabila berpindah ke aras 4 bermakna bilik tersebut akan menjadi milik kami untuk sem ini dan mungkin juga sem berikutnya. Memang agak meletihkan memandangkan bilik yang sebelum ini agak mudah untuk 'bergerak' ke sana sini dan perasaan malas itu juga agak sukar kedengaran kerana bilik saya berada di aras bawah sekali.

Tetapi apabila berpindah ke bilik baru,perasaan 'tidak bersyukur' itu mula menjadi 'sebutan di bibir' sehingga kerap kali saya menyebutkannya. Sedangkan saya tidak mengetahui bahawa di bilik atas ini ada 'keistimewaan' tersendiri. Maka,kalimah syukur juga sering saya ucapkan setelah mengetahui bahawa ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk diri saya. Dialah pencipta saya,maka DIALAH yang berhak mengatur segala 'keputusan' untuk saya.

Masuk sahaja bilik baru,maka azam baru pun semakin kuat, segala kekuatan dikerahkan untuk menerima keadaan 'rumah baru' yang ditinggalkan senior untuk adik-adik juniornya. Sekiranya dahulu ada rummate dari terengganu,kini rummate baru pula yang 'mengiringi' perjuangan dalam dunia perguruan ini. Itulah ketetapan yang telah ALLAH tetapkan untuk hamba-hambanya mungkin jua untuk menguji hambanya sehebat manakah imannya kepadaNYa.

Rummate baru saya bernama Muhammad Fauzi bin Masbor, Beliau tinggal di Klang. Walaupun umurnya berbeza 2 tahun dari saya,tetapi saya tidak kisah kerana saya perlu belajar dari orang yang berpengalaman dari saya tentang selok belok kehidupan duniawi ini. Jarak rumah beliau juga tidaklah jauh dari rumah saya. Mungkin dalam 15 minit perjalanan,maka di situ kami boleh bertemu.

Fauzi memang baik dengan saya, kadang-kadang dialah orang yang banyak membantu saya apabila saya memerlukan bantuan. Kalau di kelas,kami memanggilnya dengan panggilan 'abeh' kerana beliau adalah 'abang' kepada kami semua. Abeh berasal dari loghat kelantan yang bermaksud 'abang'.

Alhamdulillah,saya mempunyai abang baru yang mempunyai ciri-ciri abang yang 'sebenar'. Kami juga sering bergurau antara satu sama lain,makan pun sama-sama, kalau keluar makan,kami sering jalan kaki bersama-sama walaupun abeh mempunyai motorsikal. Mungkin abeh sengaja berbuat demikian untuk mengeratkan hubungan dia dengan 'adik-adik' sekelasnya.

Tidak disangka-sangka,kami akhirnya dipertemukan di sini. Walaupn berbeza umur,itu bukan penghalang untuk kami merapatkan ukhwah. Kami juga berasal dari sekolah 'serumpun'. Abeh 'membesar' di sekolah agama menengah tinggi sultan hisamudin kampung jawa manakala saya menuntut ilmu selama 5 tahun di sekolah agama menengah sultan hisamudin sungai bertih,klang.

Kami juga tinggal di bandar yang sama. Jadi,apapun saya ingin menjadi hamba ALLAH yang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah...terima kasih ya allah kerana memberikan seorang 'rummate' baru yang penyayang.

Dialah abang,
dialah rummate,
dialah sahabat,

terima kasih abeh.. :-)

Sabtu, 27 November 2010

Dia sahabatku yang 'special'


Hari ini,hari yang sungguh indah bagi diriku,ibarat burung yang berkicauan sambil menggerakkan sayapnya untuk memulakan hari baru. Hari ini juga diriku tidak lena untuk tidur memandangkan ada satu perkara lagi yang tidak aku lakukan,ya,hari ini aku ingin berblog untuk 'menyedapkan' hati ini yang seakan 'degil' untuk terus 'menaip' di kala malam sudah kian larut.

Hari ini aku sebagai hamba ALLAH ingin melahirkan rasa syukur kepadaNYA kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk terus beribadah kepadaNYA,Aku juga ingin berkongsikan sesuatu kepada 'diri' ini agar terus menjadi hambaNYA yang bersyukur.

Aku mempunyai seorang sahabat,seorang sahabat yang pada asalnya hanya merupakan 'angan-angan' semata-mata untuk aku berukhwah dengannya, Sewaktu di Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Ketika itu aku masih berusia 11 tahun,aku masih teringat,ada seorang sahabat yang 'telah' ALLAH kurniakan kepadaKU. Waktu itu, kedudukan tempat duduk berubah,aku 'ditakdirkan' duduk di sebelah hamba ALLAH yang bernama Nazif, Ya,sungguh! aku gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk berukhwah dengannya. Aku begitu teramat gembira kerana diberi peluang untuk duduk di sebelah seorang manusia yang aku 'angan-angankan' selama ini.

Sepanjang duduk di sebelah sahabatku ini,banyak perkara yang telah aku pelajari,namanya sahaja sudah membuktikan yang dia adalah seorang yang 'pembersih' dan kemas. Aku masih teringat,waktu itu aku cuba-cuba untuk 'meniru' tulisannya kerana bagi aku,tulisannya agak memikat hatiku, Ya,tulisannya sungguh cantik dan kemas ditambah dengan baris-baris huruf yang begitu teratur. Tiba-tiba dia merenung tulisanku dan berkata..'wan,ko cuba tiru tulisan aku ye?'..aku hanya diam sambil melemparkan senyuman. Allah Maha Besar,aku telah banyak belajar tentnag 'islam' melalui seorang sahabat yang bernama Nazif.

Hari demi hari berlalu,dia memang seorang sahabat yang baik,tetapi bukan seperti yang disangka,aku tidaklah serapat hubungannya berbanding sahabat-sahabat sekelas yang lain. Maklum sahajalah,ketika di sekolah kebangsaan,aku berbeza sekolah dengannya. Aku 'menuntut ilmu' di sekolah kebangsaan sungai udang manakala nazif bersekolah di sebelah sekolahku iaitu sekolah kebangsaan telok gadong dan kebetulan pula,di sekolah rendah agama,di kelasku sungguh ramai rakan-rakan yang sama sekolah dan sama sekelas dengan nazif sewaktu berada di sekolah kebangsaan.

Nazif begitu beruntung sekali kerana dikurniakan ramai sahabat yang mengambil berat tentang beliau,ramai kawan-kawan yang suka besahabat dengan dia,mungkin kerana akhlaknya yang begitu indah sekali. Ya,nazif adalah sahabat yang baik. Sebagai sahabat,aku hanya mampu melihat Nazif daripada jauh sahaja,bagiku aku gembira melihat seorang sahabat 'bergembira' sambil melemparkan senyuman menikmati hari-hari indah sebagai seorang hamba ALLAH.

Satu hari,keputusan ujian prestasi telah diumumkan,aku mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan,walaupun aku sudah melakukan yang terbaik,namun aku tidak mampu bersaing dengan rakan-rakan yang 'otaknya sungguh geliga'. Maklum sahajalah,kelasku adalah kelas 'anak emas'. Kelas harapan untuk menaikkan prestasi sekolah dalam peperiksaan besar seperti PSRA untuk darjah enam pada tahun berikutnya.

Jika diikutkan keputusan,keputusanku berada di no 2 terakhir dan sekiranya aku masuk ke kelas yang lain,kedudukanku tidak melebihi no 3. Ya,sungguh kuat persaingan di kelas 'anak emas' ini. Aku tidak begitu kisah dengan kedudukan No.ku,tetapi aku begitu kisah tentang hubungan persahabatanku dengan nazif. Keputusannya naik mendadak sehingga meletakkan dirinya 'setara' dengan orang-orang yang bijak.

Akhirnnya kedudukan yang kupertahankan selama ini 'musnah' begitu sahaja. Aku tidak lagi dapat berukhwah dengan Nazif, kedudukan tempat duduk berubah bermakna 'hati' seseorang juga mampu berubah. Bukan mudah untuk jiwa seorang 'budak mentah' seperti usia ini mampu mendalami 'erti persahabatan' yang telah diajarkan para nabi sendiri.

Entah mengapa,apabila pulang sahaja ke rumah, air mataku mengalir laju dan deras ibarat air sungai yang tidak henti-henti mengalir. Aku begitu sedih sekali kerana tidak dapat berukhwah dengan seorang sahabat yang telah banyak mengajarku tentang 'erti hamba yang sebenar'.
Aku redo dengan apa yang terjadi. Malah,aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

Hari-hari yang telah aku lalui selama ini yang 'diiringi' pelangi telah bertukar wajah menjadi 'mendung'. Masakan tidak,apabila teman perjuangan tiada di sisi sudah tentu membuatkan hati ini terasa 'berbeza' sekali. Sudah lama kami berukhwah,tiba-tiba takdir telah menetapkan segala-galanya. Aku pasrah,aku redo...

Usai berlalu,aku hanya mampu memandang sahabatku itu dari jauh, Nazif amat berbakat dalam bidang nasyid,Ya,suaranya sungguh merdu dan begitu memikat hati para pendengar sehingga beliau terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid peringkat zon. Bonus untuk nazif kerana beliau adalah vokalis. Aku pula turut serta mewakili sekolah tetapi berbeza dengan beliau kerana aku mewakili sekolah atas tiket pertandingan khutbah.

Waktu terus berjalan dengan begitu pantas. Sewaktu naik sahaja darjah 6,kami sekelas diberitahu satu 'berita sedih'. Kami sekelas 'terpaksa' dipecahkan dan 'terpaksa' berpisah untuk diagih-agihkan masuk ke kelas lain. Motifnya,ustazah sekolah itu mahukan anak murid 'yang cemerlang' ini membantu meningkatkan prestasi pelajar di kelas bawahan. Pada ketika diberitahu pengumuman tersebut, aku kedengaran suara tangisan daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki hanya mengeluh kerana terpaksa berpisah setelah sekian lama mereka 'menjalinkan persahabatan',

Aku juga tidak ketinggalan turut berkongsi perasaan dan emosi yang sama,masakan tidak,aku terus di uji oleh ALLAH, dahulunya aku tidak dapat duduk di sebelah Nazif dan hanya melihatnya dari jauh,namun kini aku tidak dapat melihat wajahnya lagi ketika belajar apatah lagi berkongsi 'cerita' bersama-sama. Aku dan rakan-rakan sekelas menerima 'ujian' ini dengan redo. Kami dipisahkan ke kelas-kelas. Terdapat 6 kelas kesemuanya yang tidak sabar 'menunggu' kedatangan kami. Aku berada di kelas 6 (3) manakala nazif berada di kelas 6 (5).

Sewaktu berada di kelas tersebut,aku tidak pernah menduduki kedudukan dalam kelas melebihi no 5,dan lebih menarik lagi,kesemua bekas pelajar 'anak emas' menduduki tempat teratas dalam kelas,kebiasaannya kami hanya dipisahkan beberapa 'point' sahaja ketika berada di kelas tersebut dan no yang seterusnya kelihatan 'jauh' ketinggalan daripada segi peratusnya.

Nazif juga begitu,dia sering kali menduduki kedudukan yang baik dalam kelas. kami terus bersaing dalam pelajaran sehinggalah kami menduduki peperiksaan 'besar' iaitu PSRA. Setelah sebulan menunggu keputusan,tiba-tiba satu hari ustazah di sekolah aku menelefon bapaku menyatakan bahawa aku telah mendapat keputusan MUMTAZ dan mengucapkan tahniah kepadaku. Ustazah tersebut telah menyuruhku mengambil keputusan tersebut di sekolah.

Aku teramat gembira sekali. Ya,inilah kali pertama dalam sejarah aku mendapat keputusan Mumtaz,malah aku berada di Ranking sekolah yang agak baik mengalahkan rakan-rakanku yang lain. Cumanya keputusanku tidak dapat dikongsi oleh sahabatku,nazif. Nazif hanya memperolehi keputusan jaid jiddan yang hampir-hampir mumtaz. Hanya 0.1 peratus sahaja yamg membolehkan beliau mumtaz.

Hari 'ceria' ini berlalu dengan pantasnya. Kami sebagai sahabat terpisah untuk jangka waktu yang panjang,aku tidak tahu nazif berada di mana,aku tidak tahu keadaannya,malah aku juga tidak tahu 'kedudukan sekarang' nazif berada. Kami seolah-olah terpisah tanpa berita. Aku bertanyakan kepada sahabatku yang lain,mereka juga tidak tahu di mana nazif berada. Aku meneruskan pembelajaran di salah sebuah sekolah agama di klang,tidak jauh dariapda rumahku. Sekolah itu adalah sekolah agama menengah hisamudin sungai bertih yang juga boleh dikenali dengan panggilan sgberth.

Waktu itu jiwaku seakan tidak 'bernyawa'. Sahabat yang rapat denganku tiba-tiba menghilang tanpa berita. Aku terasa sedih yang amat lebih-lebih lagi jiwaku yang membesar yang memerlukan 'sahabat' untuk mengharungi dunia sebagai seorang remaja yang penuh berliku dan 'bernafsu'. Dunia remaja adalah dunia yang penuh mencabar dan dunia berlakunya perubahan 'emosi' dan 'identit' diri. Dunia ini juga dunia yang penuh dengan perkara 'mencuba-cuba'.

Tahun demi tahun berlalu,namun tiada kabar berita daripada Nazif. Waktu seakan berlalu begitu sahaja,malah aku ibarat manusia yang sudah 'terbabas' dengan dunia remajaku. Aku tidak lagi seperti remaja yang diimpikan zaman rasulullah. Aku hanya remaja yang 'terjebak' dengan dunia yang penuh tipu daya. Hatiku telah dipenuhi 'bintik-bintik' hitam. Aku terpengaruh dengan sikap kawan-kawan. Aku begitu berdosa. Walaupun aku tahu manusia itu berdosa,namun aku cuba menimimakan dosa,tetapi aku gagal. Hari-hari yang aku lalui seperti berada di dalam 'penjara'. Aku tidak tentu hala sehinggakan aku berdoa kepada ALLAH yang MAHA KUASA..

'Ya allah ya tuhanku,aku ini hambamu yang lemah,aku merindui sahabatku,nazif yang telah mengajarku tentang islam, Aku merinduinya ya ALLAH. Di manakah sahabatku ini ya allah..adakah dia sihat? bagaimanakah keadaannya ya allah?..ya allah,engkau telah mengajar aku erti berukhwah dan engkau juga telah mengingatkan aku supaya bersahabat dengan orang yang soleh,namun kini kau telah campakkan sahabatku yang soleh itu ke tempat yang aku tidak ketahui'..

Aku terus istikomah berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan diberikan peluang untuk aku berubah dan berjumpa dengan sahabatku,nazif. Setelah 4 tahun berdoa,aku seakan berptus asa untuk berdoa,malah aku sudah hilang keyakinan diri. Mahu sahaja aku kembali kepada alam sekolah rendah. Namun,ALLAH itu MAHA MENDENGAR. Segala rintihan doaku selama ini seakan-akan dimakbulkan sedikit demi sedikit.

Aku berjaya menemui sahabatku,nazif di salah sebuah kem di lenggong,perak. Kem ini adalah kem yang telah dianjurkan secara percuma kepada 'anak-anak' dun selat klang di bawah pimpinan YB DR HAJAH HALIMAH ALI. Waktu pertama kali aku menjumpai nazif,aku terasa ingin mengalirkan air mata, apabila merenung wajahnya,dia sama seperti nazif yang dulu. Dia melemparkan senyuman kepadaku. Kelihatannya dia tidak sombong seperti rakan-rakanku yang lain yang sudah terpisah sekolah,malah ada yang lebih teruk,seperti tidak 'mengaku' kawan apabila berjumpa. Namun,nazif bukan begitu. Nazif adalah nazif yang dulu,tiada perubahan pada dirinya..

Aku bersyukur yang amat kepada ALLAH,telah memberikan dan 'memulangkan' semula sahabatku ini. Aku bersyukur ya ALLAH. Lebih membuatkan diriku sedih,apabila nazif mengajakku duduk di sebelahnya di dalam bas ketika kami semua mahu pulang ke klang semula. Aku seakan-akan tringat 'sejarah' di mana aku pernah duduk di sebelahnya di kelas dahulu. Hari aku yang'mendung' kini sudah berubah wajah 'pelangi' semula.

Detik hitam itu seperti mahu kembali semula..sewaktu turun bas,aku terlupa untuk meminta no hp nazif. Ya,aku berasa kesal yang amat sangat seakan-akan peristiwa ini mahu berulang kembali. Lantas aku terus berdoa kepada ALLAH,YA ALLAH, bantulah hambamu yang lemah ini,aku sudah puas 'menderita' ya ALLAH. Janganlah kau pisahkan hati kami setelah engkau 'mencantumkan' hati-hati kami. Setelah pulang,seperti biasa,aku mengalirkan air mata. Aku tidak tahu kenapa dan mengapa air mataku secara automatik mengalir setelah berpisah dengan nazif. Mungkin,inilah ukhwah namanya.

Keesokannya,ada sahabatku mengajakku bermain futsal,jadi tanpa membuang masa,aku pergi ke tempat arena futsal tersebut. Apabila sedang bermain futsal,aku terpandang seseorang sambil mengucapkan kebesaran ALLAH, YA ALLAH, NAZIF!!! hatiku seakan-akan menjadi 'gila' dan terus mengejar sahabatku itu,aku tidak perasan yang dia juga bermain futsal di situ.

ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH mengetahui segala-galanya isi hati hambanya. Cumanya kita sahaja yang perlu bersabar menempuh dugaan darinya. Aku tanpa segan silu meminta no hp nya dan akhirnya dia memberikan no hpnya kepadaku. Aku membalas dengan senyuman. Nazif bersekolah di kelantan iaitu di sekolah maahad darul anwar di pulau melaka berdekatan rumah 'tok guru'.

Hari-hariku terus ceria,walaupun berjauhan dengannya,aku tidak pernah berputus-putus ber 'sms' dengannya. Bagiku,kurniaan sahabat sebaik dia akan ku hargai bukan menjadi 'kufur' dengan nikmat ALLAH ini,dia juga sudah bertukar sekolah ketika di tingkatan lima ke maahad muhammadi di khota bharu. Nazif terus konsisten dengan pelajarannya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SMU dan SPM. Hari ini,nazif mengambil peperiksaan STAM dan bercita-cita besar mahu belajar di Madinah. Sebagai sahabatnya,aku hanya mampu mendoakan agar cita-citanya tercapai.

Aku pernah menyoalnya..'zif,ko ada kawan baik tak? sapa kawan baik ko zif?..
nazif berkata..'wan,kawan baik aku ko la wan..'
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil mengesatkan air mata yang berguguran,
bersyukur kerana 'episod' suka duka ku selama ini di bayar olEh ALLAH YANG MAHA BERKUASA.......

Isnin, 18 Oktober 2010

AKU TIDAK DAPAT MELAKUKAN YANG TERBAIK



Hari ini ada ujian listening dan speaking. Tetapi aku berasa kesal kerana tidak dapat melakukan yang terbaik. Tiba-tiba sahaja point yang aku nak beri tidak dapat dihuraikan dengan baik dan sering kali aku melakukan kesalahan grammer dan sebutan serta sering kali mengulang-ulang point yang telah diberikan. Hari ini allah menguji aku,tetapi aku redho dengan ujian ini kerana dia telah memberikan yang terbaik untukku,walaupun aku sudah tahu markah yang bakal kuperoleh,tetapi allah sedang mengajar aku erti 'kesabaran' dalam menuntut ilmu,bagiku ilmu bahasa ingeris ini amat penting sekali kerana daripada ilmu ini akan ku gunakan di medan dakwah.insayaallah..

Antara tajuk yang tidak dapat ku lakukan dengan terbaik adalah tajuk yang berkaitan dengan 'love'. Cinta adalah satu anugerah daripada allah. aku tidak dapat menghuraikan tajuk ini malah sering kali stack dalam berkata-kata. Ya allah,permudahkanlah segala urusan hambamu ini.amin...

Isnin, 11 Oktober 2010

KURSUS PENDAKWAH MUDA


Alhamdulillah,setelah 3 hari berkampung di Institut latihan Islam Malaysia,Saya dan beberapa orang rakan dan abang senior telah pulang daripada berkursus di ILIM. Nama kursus tersebut sudah tentulah kursus pendakwah muda. Saya sebenarnya tidak menyangka akan turut serta dalam program ini,TETAPI hati ini mula berbisik sedikit demi sedikit tentang 'ilmu' yang ada pada diri. Saya tidak mahu bercerita tentang isi kandungan program ini tetapi saya mahu berkongsi serba sedikit ilmu yang telah saya perolehi selama 'berkampung' di ILIM ini.

Saya bersyukur

allah masih memilih saya untuk bertandang ke 'gelanggang' ilmu ini setelah sekian lama saya 'merindui' suasana seperti ini. Saya berasa seronok dan amat gembira kerana di sini,saya telah banyak belajar tentang erti seorang islam. Ya,selama ini saya telah merasakan saya telah melakukan yang terbaik untuk islam tetapi sebenarnya terlalu sedikit sekali saya memikirkan tentang islam dan memperjuangkan tentang islam. Saya terasa begitu rugi sekali kerana nikmat masa yang telah allah kurniakan ini telah saya 'jahanamkan'. Saya tidak pernah terfikir untuk berdakwah dan menyebarkan sesuatu perkara kepada orang lain,saya hanya mementingkan diri,saya tidak pernah sesekali terfikir untuk menyebarkan agama allah ini kepada rakan-rakan yang lain,saya menyesal. Saya begitu takut kerana suatu hari nnti,mereka semua akan mempersoalkan tentang ilmu yang saya perolehi ini.

Alhamdulillah,allah telah 'membuka hati' saya untuk saya meneruskan hari-hari sebagai seorang dai'e. Program ini juga telah membuatkan saya bertambah yakin dalam berdakwah kepada allah. Kebanyakan orang di luar sana masih memerlukan bantuan,sokongan dalam memperkenalkan islam itu.Di sini juga telah saya temui sesuatu yang amat bermakna sekali iaitu erti ukhwah. Saya telah menemui ramai sahabat dan abang-abang yang sefikrah dengan saya. Hari-hari bersama mereka saya tidak akan lupakan. Insyaallah,kita berjumpa lagi...

Ahad, 12 September 2010

sahabat terbaik untukku dari allah


salam...

hari ini aku ingin berbicara,meluahkan perasaan di dalam blog ini..
hari ini,setelah selesai solat fardu isyak,aku telah menemui sahabatku yang kucintai dan kusayangi kerana allah,nazif..
hari ini,mukanya tidak seperti kebiasaan,
kelihatan ada 'butir-butir mutiara' yang keluar daripada matanya..
sebagai sahabat yang sudah memahami,aku diamkan sahaja dan tidak bertanya mengapa..
lantas sahabtku ini terus menyoalku..'hari ni tak beraya ke?'
aku hanya menjawab..'entahla zif,tahun ni aku rasa mcm xnk beraya je..'
dia menyoal kembali..'knp'
aku tak rasa macam ada suasana raya pun tahun ni...
belum sempat berborak panjang,ayahnya sudah selesai solat sunat dan dia meninggalkanku dengan seribu persoalan..
seperti ada rasa 'bius',setelah dia pulang bersama ayahnya,air mata aku terus berguguran..
dialah sahabat yang telah kubina ukhwah kerana allah,
dia telah bnyk menunjukkan tauladan yang baik kepadaku..
gara-gara allah telah kurniakan sahabat sepertinya kepadaku,aku telah temui islam melalui tauladan..
ya allah..aku redo dengan ketentuanmu,aku pasrah ya allah..
walaupun jarang sekali kutemuinya,melihat wajahnya membuatkan aku rasa bahagia sekali..
apatah lagi melihat akhlaknya..subhanallah...
aku tidak mengagugkannya cuma aku brterima kasih kepadamu ya allah dikurniakan sahabat sejati..
walaupun kami berjauhan,dia belajar di kota bharu,kelantan untuk mengambil peperiksaan stam,manakala aku pula belajar di bangi iaitu di maktab perguruan islam...
setiap kali kami pulang ke kampung,sudah pasti aku tidak akan melepaskan peluang bertemu dengannya..
walupun aku tidak pernah sesekali berborak dengannya terlalu kerap,bagiku..aku bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk bertemu dengannya..
dia adalah sahabat yang paling ku sayangi,
tidak mengapa dia tidak menyayangiku..
bagiku aku hanya mengharapkan keredoan dari allah dan tersangat mengiimpikan naungan arasyh dari allah..
zif,aku doakan kau berjaya dalam hidup dan brjya juga dalam peperiksaan stam..
moga impian ko untuk belajar kat madinah tercapai..insyaallah..
uhibbukafillah...

Isnin, 6 September 2010

ragam manusia apabila hendak menyambut hari raya


alhamdulillah..

setelah sekian lama tidak mengunjungi blog,
akhirnya kembali jua mendapat ruang dan peluang untuk berblog pada hari ini
kupanjatkan rasa syukur kepada allah kerana masih diberikan kekuatan untuk menulis sedikit penulisan buat tatapan semua..

setelah pulang ke kampung di klang,banyak perubahan yang telah berlaku,
kampungku begitu banyak perubahan terutamanya dari segi kerohanian
syukur kepada allah kerana rakyat di kgku sudah ada perubahan besar,
mana tidaknya,masjid di kg ku selalunya di malam2 terakhir ini,selalunya sunyi sepi,
first time solat isyak dan tarawih kat masjid kg delek,subhanallah,rasa macam hari first sahaja bertarawih,penuh sesak dengan manusia yang ingin beribadah kpd allah.
tidak puas hati lagi,mlm keesokannya,pergi ke masjid kampung sebelah,ya allah..
ini lagi ramai sehinggakan terkeluar jemaah masjid,
penuh sesak..
inilah transformasi yang perlu dilakukan oleh umat islam..
segalanya telah berubah...

di waktu yang senggang ini,aku telah memulakan pengembaraan sebagai hamba allah yg hina lagi dina,
aku telah merenung sejenak,melihat ragam manusia yang ingin menyambut hari raya di pasar raya..
sedih,kasihan dan simpati melihat umat islam terutamanya kaum wanita
sebab apa??
pakaian mereka umpama 'orang yang bertelanjang'..
sungguh banyak fesyen 'ala barat' menusuk ke dalam masyarakat islam di malaysia..
tudung mereka juga tidak menutup dada mereka...
pakaian mereka ketat-ketat walaupun bertudung,
baju mereka tetap sendat2 walaupun bertudung,
benarlah kata nabi bahawa antara salah satu golongan tersebut adalah perempuan yang menutup aurat tetapi bertelanjang...


ya allah,ampunkan dosaku sekiranya melebih-lebih dalam penulisan ini,
ampunkan aku juga ya allah kerana tidak mampu membantu mereka...
aku hanya mampu berharap dan berdoa semoga mereka mendapat petunjukmu satu hari nnt..
semoga sinar islam kembali ke dalam diri mereka..
begitulah hendaknya..