
Assalamualaikum kepada semua sahabat.
Hari ini,mata masih lagi dibenarkan bangun malam untuk beribadah kepada allah dan berkongsi sedikit pengalaman pahit dan manis sepanjang berkampung di putrajaya di persint 15 untuk sambutan kemerdekaan negara untuk kali yang ke-53 tahun.
Alhamdulillah,salawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita,muhammad s.a.w,keluarga baginda serta para sahabat.saya bersyukur kepada allah kerana masih lagi diberikan nikmat islam dan nikmat iman dalam mengharungi perjalanan di lembah yang penuh berduri ini.Mungkin sahaja penulisan ini boleh melalaikan saya tetapi sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit coretan hati yang benar-benar terguris sempena sambutan kemerdekaan negara di samping terdapat sedikit hikmah yang telah allah kurniakan kepada saya sepanjang berada 10 hari berada di sana.
kami di sana di hidangkan dengan pelbagai ragam manusia mengikut tahap keimanan masing-masing.ada yang mudah jatuh ke lembah maksiat dan ada pula yang sanggup mencemarkan nama baik ipg kita. sewaktu mula-mula sampai,hati bercampur baur,hati benar-benar gundah gulana,entah mengapa..hati ini sentiasa tidak tenteram dengan perubahan di sekeliling.kami bercampur dengan ipg di sekitar kuala lumpur antaranya ipik,ipbm,ipba dan iprm.suasana agak meriah terutamanya ipg kita.sebab apa?ha..ipg kitalah yang telah menghantar 'rombongan' teramai sekali di pj kerana faktor jarak yang begitu dekat sekali.Sampai sahaja,kami diberi taklimat secara rawak dan diberikan apartment yang mana satu apartment di tempatkan seramai 10 orang sahaja.cantik juga apartment tersebut.mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air.cumanya untuk apartment saya,kami berada di tingkat 15.majoriti pelajar ipis berada di tingkat 15,16 dan ditingkat terakhir sekali,17.
sungguh tinggi sekali tingkat yang telah kami duduki. malam hari pertama,selepas solat maghrib,kami terus bergegas menaiki bas ke stadium bukit jalil,apabila tiba sahaja di lif untuk turun,memang terlalu padat sehinggakan kami kerap untuk menggunakan tangga..terkejut??itulah detik dan hari2 yang kami lalui di sini.sampai sahaja di bukit jalil,alhamdulillah,stadiumnya ber'econ'..tidak penatlah kami berlatih.baiklah,sepanjang berada di sana,bebrapa pengalaman menarik yang telah aku lalui.'ada suatu perkara itu kamu nampak buruk,tetapi sebenarnya baik bagi kamu'..aku teringat maksud ayat quran tersebut. ternyata memang benar.sepanjang berada di apartment,aku telah mengenali seorang demi seorang ragam dan perangai baik kawan-kawan sekelasku. jumlah pelajar lelaki kelas saya seramai 12 orang tetapi 2 lagi terpaksa berpindah ke bilik lain keran ketidakcukupan kuota.
Dari sini,terbinanya ukhwah antara kami.kami dapat berborak bersama-sama,kami dapat berkongsi cerita bersama-sama,maklumlah,di ipis,biliknya hanya ubtuk berdua tetapi bila sekali ramai begini,ukhwah itu dapat dibina.pelbagai ragam dan aksi dapat 'dirakamkan' tentang kawan-kawan aku ini.Di sini juga aku dapat belajar sesuatu,aku dapat belajar tentang 'kesabaran'.bagaiman aku boleh hidup dalam suasana yang berbeza. maklum sahaja,di ipis,kami terdidik dengan suasana biah solehah tetapi di sini suasana tersebut terhapus dan tidak ada.
menaiki tangga juga membuatkan diri menjadi sihat dan menunggu lif juga membuatkan diriku menjadi orang yang betul-berul bersabar.cukuplah setakat ini cerita tentang perkara-perkara yang baik.
saya teruskan dengan beberapa perkara yang 'kurang enak' bagi mereka yang benar-benar sayangkan islam. saya sebagai manusia rasa terpangil untuk menceritakan sebagai 'muhasabah' diri.
sewaktu berada di persint 15,kami sering solat lewat berikutan hanya kerana latihan.misalannya,kami terpaksa solat isyak dalam anggaran pukul 12-1 pagi gara-gara kerana 'latihan'.kami juga terpaksa bertolak selepas solat maghrib.sungguh memilukan keadaan ini.cuba bayangkan apakah dosa yang ditanggung oleh pihak yang bertanggungjawab sekiranya ada orang islam yang mati sebelum sempat solat gara-gara kerana latihan???
sudahlah lewat,tiada peluang untuk kami tidur secukupnya untuk menjaga kesihatan kami kerana kami terpaksa bertolak pada pagi pula untuk latihan.tepat 6.30 pagi,bas sudah bergerak.subhanallah...
apabila tidak cukup tidur,sudah tentu ada effect pada diri,ketika latihan dijalankan,ramai pelajar perempuan yang pengsan tetapi tetap diteruskan juga latihan.saya musykil dengan keadaan ini.mula-mula sorang tumbang,lepas tu ada 4,5 orang lagi tumbang tetapi tetap diteruskan juga latihan..mungkin mereka mahu 53 orang tumbang selaras dengan hari kemerdekaan yang ke-53 tahun kot!
cikgu2 yang handle di sana tiada sorang pun yang menanamkan sikap 'perasaan kasih sayang' terhadap kami.kami dimarah,dicaci gara-gara melakukan kesilapan.Lebih mengejutkan lagi,ada pelajar ipis yang dimarah ketika hendak berbuka puasa gara-gar kesilapan kecil.ditengkingnya pelajar itu di depan orang ramai.sabar jela....puasa ke x?? buka jela cikgu..
Di sana jugalah pergaulan bebas berlaku. tidak kiralah mana ipg pun,pandangan mata tidak dijaga,batas hubungan ibarat adik beradik...ya allah,ada juga orang bertalam dua muka..seperti orang yang menutup kesalahannya dengan berkopiah dan berjubah.apa pandangan orang nanti? tidak terfitnahkah islam itu???
sedih rasanya golongan terpelajar begini bersosial secara meluas.mungkin di sana tiada sapa2 jaga kot..sebab tu jalan berdua-duan pun tidak kisah..sekiranya islam itu terfitnah,kita semua akan dipertanggungjawabkan..
saya respect....
mungkin dari sini,abang2 senior di ipis rasa terpanggil untuk menerangkan kepada semua pelajar ipis tentang batas-batas perhubungan.kata-kata mereka hanya masuk di telinga 2,3 jam sahaja, selepas itu...'merdeka'.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
apa nak jadi?????
jadilah manusia yang merdeka dari sosial!!!
terima kasih kepada pak din yang sudi memberikan kasut kepada saya kerana kasut saya hilang diambil orang sewaktu kami pergi menunaikan solat jumaat di masjid 'besi'...kepada orang yang mengambil kasut tersebut..semoga allah memberikan hidayah kepada kalian.....
kepada abang fakrul razi..selamat hari lahir pada 31 ogos tersebut...beruntungnya jadi anak merdeka!
kepada semua pelajar ipgm,kita jumpa lagi tahun hadapan..insyaallah..