
Alhamdulillah,setelah 3 hari berkampung di Institut latihan Islam Malaysia,Saya dan beberapa orang rakan dan abang senior telah pulang daripada berkursus di ILIM. Nama kursus tersebut sudah tentulah kursus pendakwah muda. Saya sebenarnya tidak menyangka akan turut serta dalam program ini,TETAPI hati ini mula berbisik sedikit demi sedikit tentang 'ilmu' yang ada pada diri. Saya tidak mahu bercerita tentang isi kandungan program ini tetapi saya mahu berkongsi serba sedikit ilmu yang telah saya perolehi selama 'berkampung' di ILIM ini.
Saya bersyukurallah masih memilih saya untuk bertandang ke 'gelanggang' ilmu ini setelah sekian lama saya 'merindui' suasana seperti ini. Saya berasa seronok dan amat gembira kerana di sini,saya telah banyak belajar tentang erti seorang islam. Ya,selama ini saya telah merasakan saya telah melakukan yang terbaik untuk islam tetapi sebenarnya terlalu sedikit sekali saya memikirkan tentang islam dan memperjuangkan tentang islam. Saya terasa begitu rugi sekali kerana nikmat masa yang telah allah kurniakan ini telah saya 'jahanamkan'. Saya tidak pernah terfikir untuk berdakwah dan menyebarkan sesuatu perkara kepada orang lain,saya hanya mementingkan diri,saya tidak pernah sesekali terfikir untuk menyebarkan agama allah ini kepada rakan-rakan yang lain,saya menyesal. Saya begitu takut kerana suatu hari nnti,mereka semua akan mempersoalkan tentang ilmu yang saya perolehi ini.
Alhamdulillah,allah telah 'membuka hati' saya untuk saya meneruskan hari-hari sebagai seorang dai'e. Program ini juga telah membuatkan saya bertambah yakin dalam berdakwah kepada allah. Kebanyakan orang di luar sana masih memerlukan bantuan,sokongan dalam memperkenalkan islam itu.Di sini juga telah saya temui sesuatu yang amat bermakna sekali iaitu erti ukhwah. Saya telah menemui ramai sahabat dan abang-abang yang sefikrah dengan saya. Hari-hari bersama mereka saya tidak akan lupakan. Insyaallah,kita berjumpa lagi...