Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

Ya sahabatku, Hakimi, Aku merinduimu


Ingat lagi, perjalanan merentasi negeri kelantan pada bulan januari tempoh hari, ALLAH bagi satu pengalaman dan 'hadiah' baru buat diriku, Aku seakan tidak percaya bahawa doaku dimakbulkan di negeri serambi mekah ini. Mungkin diri ini sahaja yang mengerti betapa berharganya 'hadiah' tersebut buat diriku.

Pergi ke negeri kelantan bukanlah satu perancangan awal buat diriku, Aku sudah lama merindui saat untuk pergi ke negeri kelantan, sudah lama aku ingin menjejaki ke bumi serambi mekah itu dan akhirnya ALLAH kabulkan doaku jua. Alhamdulillah.syukur kepadaNYA yang telah memberikan aku peluang dan ruang untuk mengembara dan mentadabbur alam.

Aku teringat lagi, sebelum pergi ke kelantan, sudah tiada tiket lagi untuk diriku, aku benar-benar terasa bahawa doaku tidak dimakbulkan, tetapi aku redo sahaja kerana aku tahu, waktu itu rezeki ku belum mucul lagi, aku pasrah dan aku juga kekurangan kewangan ekoran maktab belum lagi mengeluarkan elaun untuk pelajar-pelajarnya.

Tiba-tiba satu hari, Kawanku yang ingin pergi ke kelantan, Solihin berkata kepadaku
'wan, ko nak pergi kelantan tak? tolonglah, aku ada hal ni, kalau ko nak, ko cakap, tapi kalau boleh aku nak ko pergi juga..

aku terdiam, kaku dan tidak langsung terfikir untuk ke sana memandangkan aku ingat doaku belum masanya dimakbulkan. Aku cuma berpesan kepada Solihin bahawa aku akan berikan jawapan pada malam nanti KERANA aku belum lagi memberitahu kepada ibu bapaku, tetapi jauh dibenakku terfikirkan ayah dan ibuku yang agak kurang membenarkan aku untuk berjalan jauh apatah lagi negeri kelantan memerlukan perjalanan yang jauh. AH, aku pasrah pada ALLAH, aku cuma mampu berdoa dan berusaha..

Malam itu...

Aku berada di tingkat atas masjid Imam syafie, aku bermunajat berseorangan kepada ALLAH , aku memohon jawapan daripadaNya, setelah itu aku telefon ibu bapaku dan jawpaan daripadaku aku anggap jawapan daripada ALLAH jua.

Sahabatku, Rizduan Ishak menyuruh aku menelefon ibu bapaku, lantas aku dalam keadaan berdebar menelefon ayahku..

telefonku diambil,lantas menaip no hp ayahku,...
panggilan diteruskan..
tut..tut...tut...
hello,assalamualaikum,abah,abah sihat?
bah,iwan ada sesuatu nak cakap dengan abah ni, abah..iwan nak pergi kelantan boleh?
ayahku tanpa bercakap panjang menjawab...
BOLEH..

Hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya Hatiku mendengar jawapan daripada ayahku..
ALLAH maha berkuasa, Dia akan memenuhi permohonan hambanya biarpun lambat..aku bersyukur, lantas berita kegembiraan itu aku sampaikan pada sahabatku yang lain,mereka juga tumpang gembira...

Apabila berada di Kelantan....

Aku gembira berada di sana, menumpang di rumah sahabat sekelasku, Saifullah Hanif di Machang begitu menyeronokkan ditambah dengan familynya yang happening. Pelbagai tempat telah ku lawati di negeri Kelantan ini dan ternyata aku begitu berpuas hati dengan pengembaraanku ke negeri kelantan, Biarpun banyak berhabis duit, aku tidak sesekali menyesal kerana bagiku pengorbanan untuk mengembara itu satu pengalaman.

Hari itu aku tidak akan lupakan....

waktu itu, selepas berhabis jalan di Rantau Panjang, kami lima sahabat pulang lewat dan singgah sebentar solat maghrib di satu masjid berdekatan Um nilam Puri. Waktu itu aku lihat kelihatan ramai sahabat-sahabat sahabatku, sazly dan rizduan di Masjid tersebut, maklumlah, mereka pernah belajar di Um tersebut selama sebulan sebelum memasuki maktab ini, aku cuma dapat melihat mereka dari jauh dengan gelak tawanya, dengan senyuman keriangan dan pelukan umpama mereka sudah lama tidak berjumpa, aku pun tumpang seronok melihat sahabatku gembira...

Tetapi,apa yang ku kesali, sikap pemalu aku terlalu tinggi, aku tidak biasa untuk menegur orang yang tidak ku kenali, tetapi aku bukanlah sombong, aku akan mesra apabila orang menyapa diriku ini dan aku akan anggap mereka yang menyapaku sahabat walaupun tidak pernah berjumpa. Waktu itu di kedai makan, kami dan sahabat-sahabat dari UM makan bersama di kedai tersebut, tiba-tiba seorang kenalan dari Um datang kepadaku dan memberi salam, aku menjawab salamnya, dia merupakan sahabat kepada sahabatku, rizduan dan jali. Dari jauh terpancar nur di wajahnya, OPS,LUPA..namanya muhammad hakimi bin Ismail..

Dia datang kepada kami, makan bersama kami, berborak juga bersama kami, aku memang pantang diajak berborak lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu-isu islamik, Aku cukup tertarik dengan akhlaknya, dia sentiasa bersangka baik dalam setiap percakapannya, malah dia mudah mesra dengan orang disekelilingnya walaupun dia tidak mengenali orang tersebut.

Aku juga terasa sesuatu apabila mula mengenali sahabatku ini, terasa sekaan SATU kelainan, mungkin diriku sendiri yang tahu apa itu kelainannya. Aku terasa doaku semakin dimakbulkan. Tetapi waktu itu aku tidak mengetahuinya bahawa rahmat itu semakin dekat denganku. Puas berborak, kami mahu pulang ke rumah saiful di machang, sebelum meninggalkan kedai tersebut, Hakimi meminta no telefonku, lantas aku bagi no telefon aku kerana aku sudah lewat ketika itu.

Tetapi apabila meninggalkannya buat seketika, hati terasa ada sesuatu yang menyedihkan jiwa, aku terfikir-fikir ketika berada dalam kereta, kenapa aku bersedih? kenapa aku perlu menangis? ya allah..siapakah hakimi itu? mengapa dia tiba-tiba muncul dalam hidupku? aku menjadi kebingungan...tidak mengerti,

Rupanya ALLAH sudah memakbulkan segala doaku yang ku pinta dahulu, Terima kasih Ya ALLAH. sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Hakimi merupakan sahabat yang banyak mengambil berat dengan sahabatnya, dia tidak pernah lupa pada sahabtnya walaupun sahabatnya itu baru dikenalinya. Aku mula rapat dengannya hanya melalui sms dan bersemuka tidak sampai setengah jam. Dia yang banyak memberikan semangat kepadaku saat aku mula jatuh, dia yang banyak menelefonku. Ya allah, aku bersyukur sangat, selama perkenalan dengan ramai sahabat, walaupun sebentar dan tidak ada ukhwah yang kuat, Hakimi membuktikan dia sahabat contoh kepada diriku..

Pernah juga satu masa dia menelefonku berjam-jam untuk memberikan semangat kepadaku, Dia mengingatkan aku banyak perkara yang aku tidak pernah tahu sebelum ini, Hingga kini, aku terlalu merindui sahabat sepertinya, sahabat yang baik yang banyak membangkitkan semangatku ketika mana aku jatuh, dia meniupkan semangat untuk aku pulih semula..

satu masa dulu, aku berdoa kepada ALLAH supaya dikurniakan sahabat yang boleh memberikan nasihat yang berkesan pada diriku, yang tidak meninggalkan diriku dalam kesesatan, yang sentiasa berhubung denganku pada waktu susah dan senang, dan ALLAH kurniakan Hakimi kepadaku, sahabat yang padanya terdapat sinar cahaya untuk memapahku ketika aku berada dalam kesesatan. Sahabat itu telah mucnul dalam hidupku, akan ku jaga persahabatan ini dunia akhirat...

Hakimi, ang sahabat aku dunia akhirat..
terima kasih ya ALLAH kerana kurniakan sahabat sehebat hakimi, padanya terdapat semangat jihad yang luar biasa, apa yang menghairankan, aku begitu rapat dengannya walaupun melalui sms, kami banyak berkongsi masalah, apabila kimi ada masalah, dia akan berkongsi denganku, apabila aku ada masalah, selepas ALLAH, aku akan mengadu pada Kimi, kimi memang mengambil berat sehingga kimi sanggup telefonku, beri fokus padaku, bagi penyelesaian..

ya alah, aku rindu sahabatku itu..
kimi, uhibbuka fillah....

Khamis, 27 Januari 2011

Aku dapat 'rummate' Baru


Alhamdulillah,setelah sebulan berada di IPG KPI ini,banyak pengalaman yang telah aku peroleh. Maklum sahajalah,naik sem2 sahaja sudah tidak sama keadaannya ketika berada di sem1 dulu. Kalau dulu, kami tidak berapa kenal antara satu sama lain,sering sahaja berlaku pertelingkahan perkara-perkara kecil,tetapi bila naik sem2 sahaja,kami sudah saling berkenalan dan nampaknya semakin rapat ukhwah antara kami rakan sekelas.

Hari yang agak meletihkan..

Naik sahaja sem baru,banyak perkara yang berlaku setelah sebulan berada di sini, saya terpaksa berpindah bilik ke aras 4 setelah bilik di aras satu (bilik lama) mengalami demam proses 'wiring'. Apabila berpindah ke aras 4 bermakna bilik tersebut akan menjadi milik kami untuk sem ini dan mungkin juga sem berikutnya. Memang agak meletihkan memandangkan bilik yang sebelum ini agak mudah untuk 'bergerak' ke sana sini dan perasaan malas itu juga agak sukar kedengaran kerana bilik saya berada di aras bawah sekali.

Tetapi apabila berpindah ke bilik baru,perasaan 'tidak bersyukur' itu mula menjadi 'sebutan di bibir' sehingga kerap kali saya menyebutkannya. Sedangkan saya tidak mengetahui bahawa di bilik atas ini ada 'keistimewaan' tersendiri. Maka,kalimah syukur juga sering saya ucapkan setelah mengetahui bahawa ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk diri saya. Dialah pencipta saya,maka DIALAH yang berhak mengatur segala 'keputusan' untuk saya.

Masuk sahaja bilik baru,maka azam baru pun semakin kuat, segala kekuatan dikerahkan untuk menerima keadaan 'rumah baru' yang ditinggalkan senior untuk adik-adik juniornya. Sekiranya dahulu ada rummate dari terengganu,kini rummate baru pula yang 'mengiringi' perjuangan dalam dunia perguruan ini. Itulah ketetapan yang telah ALLAH tetapkan untuk hamba-hambanya mungkin jua untuk menguji hambanya sehebat manakah imannya kepadaNYa.

Rummate baru saya bernama Muhammad Fauzi bin Masbor, Beliau tinggal di Klang. Walaupun umurnya berbeza 2 tahun dari saya,tetapi saya tidak kisah kerana saya perlu belajar dari orang yang berpengalaman dari saya tentang selok belok kehidupan duniawi ini. Jarak rumah beliau juga tidaklah jauh dari rumah saya. Mungkin dalam 15 minit perjalanan,maka di situ kami boleh bertemu.

Fauzi memang baik dengan saya, kadang-kadang dialah orang yang banyak membantu saya apabila saya memerlukan bantuan. Kalau di kelas,kami memanggilnya dengan panggilan 'abeh' kerana beliau adalah 'abang' kepada kami semua. Abeh berasal dari loghat kelantan yang bermaksud 'abang'.

Alhamdulillah,saya mempunyai abang baru yang mempunyai ciri-ciri abang yang 'sebenar'. Kami juga sering bergurau antara satu sama lain,makan pun sama-sama, kalau keluar makan,kami sering jalan kaki bersama-sama walaupun abeh mempunyai motorsikal. Mungkin abeh sengaja berbuat demikian untuk mengeratkan hubungan dia dengan 'adik-adik' sekelasnya.

Tidak disangka-sangka,kami akhirnya dipertemukan di sini. Walaupn berbeza umur,itu bukan penghalang untuk kami merapatkan ukhwah. Kami juga berasal dari sekolah 'serumpun'. Abeh 'membesar' di sekolah agama menengah tinggi sultan hisamudin kampung jawa manakala saya menuntut ilmu selama 5 tahun di sekolah agama menengah sultan hisamudin sungai bertih,klang.

Kami juga tinggal di bandar yang sama. Jadi,apapun saya ingin menjadi hamba ALLAH yang bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Alhamdulillah...terima kasih ya allah kerana memberikan seorang 'rummate' baru yang penyayang.

Dialah abang,
dialah rummate,
dialah sahabat,

terima kasih abeh.. :-)