Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Selasa, 31 Ogos 2010

Teringat pesanan abang adhwa ( abang naqib usrah)

salam..

hari ni saja nak kongsi sedikit nasihat yang diberi oleh abang adhwa iaitu abang naqib saya.sebelum pergi 'berbakti' untuk negara sempena sambutan kemerdekaan di bukit jalil tempoh hari,saya sempat berborak dengan abang adhwa tentang kerja kursus,sebelum tu,saya datang ke bilik beliau untuk meminjam sebuah buku akidah untuk kerja projek pengajian agama.

sedang asyik berborak dengan abang adhwa,saya cuba mengalih topik tentang betapa banyaknya kerja kursus yang saya dapat sebelum bertolak pergi untuk kemerdekaan.abang adhwa dengan penuh berhikmah menjawab persoalan saya "mungkin kerja kursus ni baik untuk kita,allah menyibukkan kita supaya kita tidak leka atau mungkin kita boleh buat dosa"

jawapan abang adhwa sungguh tepat sekali,tidak terlintas di fikiran saya untuk befikir sedemikian,dan alhamdulillah,kerja kursus saya sedikit demi sedikit telah dipermudahkan oleh allah.jawapan abang adhwa itu benar2 menusuk ke dalam hati saya betapa saya tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan allah ni,sungguh,saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim..ya allah,ampunkan dosaku ini..terima kasih abang adhwa kerana mengingatkan saya....

Sabtu, 21 Ogos 2010

Tokoh yang ku kagumi

sebenarnya aku meminati beberapa tokoh terkemuka sama ada pada zaman tabiin hinggalah ke zaman sekrang termasuklah di malaysia.aku meminati beberapa tokoh ini kerana ilmunya bukan kerana dasar lain.

alhamdulillah,pertama kalinya,aku nak cerita tentang tokoh yang betul2 aku minat pada zaman tabiin iaitu khalifah umar abdul aziz.aku meminati beliau kerana apa? ha..aku meminati beliau kerana kegerunan dan ketakutannya kepada allah,khalifah ini adalah khalifah yang banyak meningati mati,setiap detik beliau tidak pernah melupakan saat kematian,beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berwibawa sehingga diceritakan beliau hanya ada sepasang baju sahaja.beliau juga dahulunya badan berisai tetapi setelah diwasiatkan menjadi pemimpin,badan beliau kurus kering tatkala memikirkan rakyat yang lebih miskin dan tidak makan.ya! aku mengagumi ketokohannya kerana beliau banyak mengingati allah. teringat aku kisahnya bagaimana beliau pernah mengumpulkan para fukaha dan bersama2 mengingati mati.
mungkin daripada beliau,aku amek sedikit demi sedikit cara beliau..

kelantangan dua tokoh ternama malaysia...nik aziz dan tun dr mahathir

aku meminati kedua-dua pemimpin ini kerana mereka mempunyai cara kepimpinan yang berbeza dan mempunyai 'stail'nya yang tersendiri.tun dr mahathir lebih kepada untuk membangunkan negara dan mempunyai pemikiran yang genius bersesuaian dengan firman allah 'allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dialah yang mengubahnya sendiri'

manakala aku pula respect dengan kepimpinan nik aziz kerana beliau benar2 memperjuangkan islam itu.beliau juga persis khalifah umar abdul aziz krana beliau mengutamakan rakyatnya.beliau juga banyak kali menjadi imam dan berpeluang menyampaikan ceramah di merata tempat walaupun sudah menjadi mb.banyak lagi kisah tokoh2 yang aku knl ini tetapi cukup sahaja aku ceritakan untuk mereka.

aku juga mengagumi tokoh seperti dr asri zainul abidin iaitu bekas mufti perlis.walaupun banyak tomahan,cacian,makian yang diterima beliau,tetapi beliau tetap ikhlas untuk mentajdidkan agama ini.pelbagai dugaan yang beliau telah terima antaranya beliau ditangkap kerana memberi ceramah tanpa 'berlesen'.ha,itu kisah lama,lupakan sahaja,

apa yang aku nak ceritakan di sini,tokoh2 ini mempunyai gaya dan cara yang berbeza dan apa yang penting,aku ingin mengambil pelajaran daripada mereka tetapi bukan mengagungkan mereka.cukuplah kerana mereka hanya manusia biasa,aku perlu mengagungkan allah kerana allah lah yang memberi mereka kekuatan untuk menjadi seperti itu.

Di bumi ipis ini juga,aku sudah nampak siapa 'tokoh masa hadapan'..siapa agaknya??
ha..biarlah rahsia..satu hari nnt,anda akan jmpa juga...
fikir2kanlah dan renung2kanlah
penulisan ini sekadar untk menaikkan semangat kita bersama
dan bersamalah kita bermuhasabah diri....

senyumlah walupun dirimu disakiti!

hari ini hari yang betul2 tension

masuk je hari ini,aku dah mula rasa tension,besok dah nak pergi bukit jalil,hari ni je dah dapat 6 kerja kursus,semuanya kena hantar lepas raya. ya allah,hambamu ini bukan robot,hambamu ini cuma manusia biasa.mula2 aku mmg suka dapat kerja kursus. ya! mmg seronok sebab dapat bagi pendapat dalam kerja kursus tu,

tapi,bila dah jadi mcm ni,mmg tension,alamatnya x braya la aku..
aku xnk copy n paste abg2 senior pnya krja kursus,aku nk wt sndiri,usaha sndiri,biarlah ckit mrkah yg aku dapat,jnji aku dh berusaha ke arah itu
sungguh tertekan,banyak keburukan bila aku dapat kerja kursus ni,
first,solat aku jadi x khusyuk,
kdua,hidupku ini hnya mmikirkan kerja kursus je,aku lupa kt allah,kdg2 bila kerja kursus x siap,nafsu menguasai diri,rasa mcm xnk je solat kt maskid bila dh azan,
tp aku gagahkan jua
ketiga,islam itu memudahkan bkn mnyusahkan,
aku xtaula,bila allah soal kelak aku nk jwb apa,
kerja kursus smua ni adalah kerja dunia,
aku sedih,tp aku berusaha mengingati allah
lebih malang lagi,kerja kursus ni dapat nk dkt2 raya
kami semua dh puasa sebulan,nk juga raikan hari kmenangan ni,
nk juga tlg ibu bapa wt kuih raya,
sudahlah kami jarang balik rumah,
bila kat rumah wt kerja kursus bkn wt kerja rumah,
24 jam kerja kursus! hidupku ini penuh dgn KURSUS,
AKU pelik dgn dunia skrng,
mngapa menyerongkan islam trsebut
islam itu tidak pernah membebankn,
aku bkn mngkritk ttp skdar nk luahkan perasaan,
kerja kursus tu boleh,mmg sronok tp bila dpt skali berbukit,
hasil kami akn krg memuaskan krn msg2 nk sruh kami wt yg trbaik,
dunia ini ibarat penjara..
sekadar renungan bersama...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Pengembaraan bermula besok selama 10 hari

hari ini adalah minggu terakhir aku berada di bumi ipis sebelum balik berhari raya.
aku mempunyai 'misi' yang perlu diselesaikan bersama rakan-rakan ppismp lain.
perjuangan ini bermula besok 22hb sehinggalah 31 ogos 2010.kami semua akan bergerak ke bukit jalil sebagai 'bantuan' untuk hari kemerdekaan.

aku tidak sekali sekali mahu 'mengherdik' ketentuan allah ini,bahkan aku seronok kerana beberapa sebab. mungkin inilah peluang aku untuk menyebarkan syiar ilahi lebih mendalam. aku mahu menjadi seperti sahabat2 nabi,imam2 besar dan ulama2 termemuka tetapi mungkin ini sahajalah yang mampu aku lakukan.

jiwaku karat dengan dosa,mungkin dengan kerja dakwah begini dapat membantuku meningkatkan kembali butir-butir iman yang kian bertaburan entah ke mana. Di sini,aku dididik menjadi seorang guru,ustaz,murabbi,muallim..di sini jugalah aku gunakan untuk menjadi khalifah yang telah ditetapkan kepada manusia.

aku begitu takot dengan persoalan2 yang bakal allah ajukan kepadaku kelak,teringat kata2 seorang muallaf yang telah datang ke kampus ku,brother lee.sungguh,aku begitu respect brother lee kerana benar juga kata2 beliau,satu hari nnt,org2 kafir ini akan menarik diri kita masuk ke neraka gara2 kita tidak menyebarkan sepatah pun perkataan tentang islam.

mungkin dengan pemergianku bersama rakan2 ppismp sem 1 dan sem 3 dapat meningkatkan pengalaman sebagai seorang guru malah lebih hebat daripada itu iaitu menjadi seorang daie,MUNGKIN!! SIAPA TAHU!!

SENYUMLAH WALAUPUN DIRIMU DISAKITI!

penat menanti kemustajaban doa(dr maza)

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!

Wardini, Kuala Kangsar.

Jawapan Dr MAZA:

Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:

1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.

Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).

Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.

2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:

(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).

FirmanNya juga: (maksudnya)

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).

Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.

3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :

« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).

5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.

Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :

« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).

6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :

“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).

7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.

Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.

8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.

9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.

hatiku kembali merasai kemanisan iman

hari ini,aku baru sahaja habis baca buku 'kata-kata 50 tokoh berpengaruh dan cerita sebaliknya". apa yg menariknya,buku ini benar2 telah membangkitkan semangat jihad ku kembali.banyak perkara dan hikmah yang telah kuperoleh.buku ini antara 5 buah buku yang telah habis ku baca selain daripada buku yusuf qardawi mengenai fatwa,buku khalifah umar abdul aziz,buku bila allah menduga kita,buku al-risalah imam syafie dan ini buku kelima aku baca di bumi ipis ini.

buku ini dikarang oleh mohd dzul khairi mohd nor. buku ini ternyata menarik untuk bakal2 guru sekalian,banyak kata2 hikmah yg diperoleh.betapa kita perlu berusaha untuk mncari sinar syurga kelak. kita perlu bersusah payah sebagaimana para sahabat nabi dan para tabiin seterusnya kpd generasi kita sekarang.

ramai tokoh2 terkemuka dalam dunia islam yang mempunyai kekuatan jihad yang tinggi seperti imam hasan al bana,khalifah umar abdul aziz,imam syafie,ibnu taimiyah dan ramai lagi.ternyata buku ini benar2 telah membuatkan saya terasa bersemangat kuat untuk berjihad.sekarang dah masuk pukul 1.30 pagi.saya pada mulanya dah nak tido,tetapi hati tiba2 nak terbaca buku ni,bila dah baca,saya rasa bersemangat semula,melihatkan keperitan ulama2 terdahulu berjihad untuk menegakkan agama islam,saya juga rasa terpanggil untuk ke arah itu. apalah daya untuk dibezakan dengan kecintaan ilmu imam syafie,di tambah dengan kelantangan khalid al-walid dalam berjihad sehingga digelar pedang allah,saya cuma manusia biasa yang cuba untuk mengorak langkah memahami islam lebih mendalam.

saya berharap anda semua mempunyai semangat untuk berjihad di jalan allah,biarlah kita bersusah2 dahulu,akan ada kesenangan di kemudian hari,marilah kita tegakkan semula islam,kitalah khalifah yg sepatutnya memakmurkan bumi..cintailah ilmu kerana org yg berilmu sngt berbeza dgn org yg beribadah selama beribu2 tahun..

harap kita semua dapat bermuhasabah diri....

Bila hati mahu berbicara..

sekarang ini musim kerja kursus pendek,setakat ni je,aku dah dapat 7 kerja kursus.ya allah,banyaknya..

hati mula berbicara,mengenangkan betapa banyaknya kerja kursus yang perlu dilakukan,bukan sedikit tetapi sungguh banyak.tetapi apa yang menggembirakan aku,allah sentiasa bersama denganku waktu senang dan susah.

lagipun di sini aku dapat banyak kekuatan daripada kawan-kawan,abg2 senior,jadi kerja kursus ni satu perkara yang biasa bagi aku.

mula2 mmg agak tertekan,tetapi lama2 terasa biasa dan seronok. seronok?? mungkin ramai yg pelik dgn kata2 aku ni..

bila dipikir hikmah yang allah nk bagi melalui kerja kursus ni,byk yg aku dpt..
aku dapat eratkan silaturahim,tali persaudaraan sesama warga ipis,dgn ustaz,dgn kwn2 dgn abg2 senior..

bagi aku ini satu rahmat daripada allah.bukan mudah untuk mendapat suasana mcm ni.sebenarnya,makin allah tambah ujian,makin aku merasakan nikmat bersama denganNYA

sebab kalau allah x wt mcm ni,mngkin aku lalai dan leka dgn khidupan duniawi,
aku x kisah pun psal akhirat,
tetapi bila dh dtg ujian,aku kmbali kpdNYA,
allah mngkin hndak mndgr rinntihan doa drpd hambanya,

ya allah,satu yg ku pohon,
berkatilah kerjaku,permudahkanlah segala urusanku,tetapkanlah hatiku dgn agamamu,
jgnlah kau serahkan urusan kpdkku apa yg tidak termampu bagiku..
insyaallah,kerja kursus akn disiapkan juga biarpun pahit maung terjadi..

senyumlah walaupun dirimu disakiti..

Khamis, 19 Ogos 2010

Hidup dan matiku kerana ALLAH

untuk Mungkin agak senang untuk mengatakan perkataan tersebut
tetapi sebenarnya agak sukar membenarkannya apatah lagi manusia biasa sepertiku
hidup penuh dengan dosa
aku kini tidak terasa sunyi lagi
bergerak ke mana-mana sahaja dengan mudah
bagiku,allah sentiasa menemaniku
saat ku gembira
saat ku berduka
allah sahaja sudi mendengar luahan hatiku
tatkala ini,aku terasa kehilangannya kerana duniaku sudah berubah,
mungkin aku leka dengan duniawi,
ya allah,aku mohon kepadamu,jadikan hatiku ini tetap dengan agamuMu
aku perlukanMu ya allah.
bantulah diriku ini
berilah motivasi kepadaku
pimpinlah Daku
hiasikanlah diriku dengan pakaian takwa
dan jadikanlah hidup dan matiku kerana Mu ya allah..amin

Rabu, 18 Ogos 2010

apa itu sahabat?? bacalah cerpen ini...(cerita ni sedih,jadi jgn mallu-malu untuk menangis,hehe)

A.I.E.

Ana-Ithar-Enta

“Assalamu’alaikum!”

Salim menjawab salam dengan muka kosong. Kenapa la dalam banyak-banyak manusia, mamat ni yang datang? Leceh betul.

Dia berpelukan dengan lelaki yang baru tiba. Namun jiwanya tidak hangat dengan ukhuwwah. Cuma hangat dengan kerimasan. Tinggal, berpelukan sebegini adalah tradisi sekolah menengahnya dahulu.

“Enta cuti ke?” Salim bertanya.

Lelaki yang hanya tinggi sedikit daripadanya mengangguk bersama senyuman. Mereka berdua berjalan beriringan, hendak meninggalkan Lapangan Kapal Terbang. Sudah ada teksi yang menunggu untuk membawa mereka berdua ke rumah Salim.

“Kenapa datang sini?”

“Loh, enta tak suka ke?”

“Tak ada la…” Salim rasa tertembak.

“Saja nak ziarah enta”

“Tak rasa membazir duit dengan masa ke?”

“Eh? Dengan sahabat, apa yang bazirnya?” Lelaki itu meramas rambut Salim, kemudian terus bergerak ke bahagian belakang teksi untuk meletak barang.

Salim menghela nafas. Sahabat?

Sejak bila aku bersahabat dengan Faiq Zaini ni?

*****

Pantang ada waktu, mesti Faiq Zaini akan merapatinya, duduk bersamanya, meluang masa dengannya. Walaupun dia banyak kali menunjukkan rasa tidak senang, malah pernah berusaha menjauhkan diri, Faiq Zaini tetap tidak menjauhinya.

Seakan-akan, kalimah putus asa tidak pernah wujud dalam kamus lelaki itu.

Semenjak dia dan Faiq berpisah semasa tingkatan lima dahulu, tidak pernah langsung dia hubungi teman sekelasnya itu. Tetapi, Faiq Zaini mencarinya. Memasukkannya dalam senarai Yahoo Messenger dan Facebook.

Faiq Zainilah yang selalu bertanya khabar, berkongsi nasihat, tidak pernah lelaki itu lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir, juga sering sahaja lelaki itu menghantar mesej pesanan ringkas berbentuk nasihat dan ingatan.

Namun, 98% daripada semua itu tidak dilayan. Salim lebih senang invisible jika perasan Faiq Zaini wujud di alam maya. Sudah bertimbun mesej Faiq Zaini tidak dilayan. Baik melalui sms, e-mail mahupun Facebook. Ada juga yang terpaksa dilayan, hanya kerana tidak tahan dengan Faiq Zaini yang kelihatan seperti tidak berputus asa langsung.

3 tahun terpisah, hubungan mereka berjalan sebegitu. Faiq Zaini tetap tenang dan sabar dengan kerenahnya.

Tahun ini, dia perlu mengikuti Kursus Bahasa Arab di Jordan. Faiq Zaini, yang menyambung pengajian di Mesir, datang ke Jordan semata-mata hanya untuk berjumpa dengannya. Salim naik hairan dengan Faiq Zaini. Sudahlah tidak berputus asa, sanggup pula berkorban wang dan masa. Taraf hidup di Jordan, jauh lebih mahal daripada Mesir.

Tetapi Faiq Zaini tetap hadir.

Atas perkataan ukhuwwah dan persahabatan.

Walapun Salim tahu, betapa Faiq sedar bahawa dia tidak dilayan sebaiknya sebagai seorang sahabat.

*****

“Tak nak pergi jalan-jalan ke? Pergi Petra ke, Laut Mati ke, Jerash ke.” Salim memecahka keheningan pagi.

Faiq menggeleng. “Hanya nak duduk dengan enta. Enta bukannya dapat ikut kalau ana pergi jalan-jalan. Enta tak cuti kan?”

Salim diam. Ya, dia tidak bercuti walaupun semua pelajar melayu Jordan bercuti kerana musim sejuk ketika ini. Hal ini kerana, dia pelajar kursus. Bukan pelajar universiti di sini.

“Membazirlah. Dahla datang sini mahal”

“Membazir kalau memang niatnya nak berjalan ke tempat-tempat itu. Jadi, kalau tak pergi rugi lah. Tetapi, ana datang sini niatnya memang nak ziarah enta, luang masa dengan enta. Jadi, apa yang ruginya?” Faiq Zaini tersenyum ceria.

Dah senget ke apa kepala dia ni? Nak luang masa dengan aku aja? Dah kaya sangat ke? Hati Salim bergetar.

Faiq Zaini memasukkan tangan ke dalam saku baju sejuk. Helaan nafasnya timbul dalam bentuk asap putih yang nipis. Salim sedang membawanya berjalan melihat-lihat bandar Irbid.

“Macam mana kehidupan di Jordan?” Faiq bertanya.

“Okey. Macam enta lihat lah” Salim jawab endah tak endah.

Faiq mengangguk-angguk.

“Kondisi jiwa okey?”

“Hello, sini bukan hospital sakit jiwa ya”

Faiq ketawa.

Salim memandang ke arah lain.

Soalan itu merenjat jiwanya.

“Kalau ada apa-apa masalah, boleh kongsi”

“Muka ana ada tunjuk ada masalah ke?”

Faiq menggeleng. “Ana kata kalau ada”

“So, tak ada. Dah, jangan nak sibuk tepi kain orang”

“Enta bukan orang lain. Enta sahabat ana. Ana bukan sibuk. Tapi ambil berat” Faiq Zaini masih dengan senyuman bergayut. Tenang walaupun nada Salim agak kasar.

Salim mendengus. Asap putih yang nipis keluar.

“Sibuk” Dia menyepak angin. Tanda tidap puas hati.

*****

Apa masalahnya? Dia ada masalah. Bohong dia tiada masalah. Menjadi pelajar perubatan yang berasal dari sekolah agama, dia dipercayai oleh pelajar seangkatan dengannya untuk menjadi ketua. Peribadinya yang dahulu penyegan, berakhlak, menjadikan dirinya paling disenangi.

Tetapi, iman manusia itu ada turun dan naiknya.

Dia tersungkur juga di hadapan pintu bernama cinta. Dia jatuh hati pada seorang pelajar perempuan, dan akhirnya pernah beberapa kali keluar bersama berdua-duaan. Dia sudah lupa batas agama yang dididik di sekolah. Dia juga telah lupa akan pesan ibu ayah. Dia larut sendirian goyah.

Akhirnya, perbuatannya itu diketahui apabila ada yang terserempak dia berduaan berpegangan tangan dengan pasangannya di pusat membeli belah.

Dia disisih, dikecam hebat, seakan-akan dia telah berzina. Sedangkan, dia tidaklah sampai melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, manusia, apabila kepercayaan dikhianti, pasti amat dalam lukanya. Begitulah rakan-rakan seangkatannya yang mempercayainya. Rasa dikhianati, lantas menyisihkannya.

Salim tertekan. Pelajaran di universiti menjadi sukar. Dia seakan terpencil di satu pulau asing. Tiada yang bercakap dengannya. Tiada yang membantunya tika kesusahan. Tiada yang berbicara dengannya tika keseorangan.

Dia juga terpaksa menelan kepahitan, berpura-pura gembira dengan keadaannya di universiti apabila bersembang dengan ibu bapanya.

Dia rasa seperti mayat hidup.

Terhimpit dalam kubur majazi yang melingkungi diri.

Masalah ini langsung tidak pernah dikongsi.

Tetapi kali ini muncul Faiq Zaini.

Seakan-akan dikurniakan kuasa psikik oleh Ilahi, lelaki itu meneka tepat apa yang menyelubunginya sehari-hari.

Apakah ini?

*****

Faiq Zaini dilayan ala kadar sahaja. Rakan sekolahnya itu tidak pula cerewet. Apa yang ada, itulah yang disenanginya. Tidak meminta itu dan ini. Tidak ralat walaupun ditinggalkan di rumah seorang diri.

Salim tinggal seorang sahaja. Memandangkan tiada sesiapa dari rakan seangkatannya yang mahu serumah dengannya. Dia dipulakan. Seakan dia ada penyakit HIV pula gayanya.

“Macam mana la agaknya Faiq tu” Terdetik rasa kasihan.

Faiq Zaini, datang menggadai wang dan masa. Dari Mesir ke Jordan yang terkenal mahal. Tetapi tidak pula dilayan sebaiknya. Ada rasa bersalah timbul.

Salim membuka pintu rumah.

Sebaik sahaja dia mengangkat wajah, dia terpana.

“Selamat kembali ke syurga!” Faiq Zaini mendepangkan tangan.

Ini memang syurga! Salim melihat rumahnya telah dibersihkan. Barang-barangnya yang berterabur sudah dikemaskan. Buku-bukunya tersusun rapi di dalam almari. Salim menjenguk ke dapur, pinggan-pinggan yang sudah berkurun bertimbun sudah siap dibasuh. Malah sinki pun dicuci. Rumahnya pula berbau wangi.

Salim memandang Faiq Zaini.

“Suka?” Faiq Zaini mengangkat kening sebelah.

“Sejak bila ana upah enta jadi orang gaji ni?” Salim menyembunyikan kesenangannya dengan bicara yang kasar.

Faiq Zaini hanya tersenyum. “Mak kita, bukan orang gaji kita.”

“Enta bukan mak ana”

“Ana sahabat enta” Faiq Zaini bergerak ke katil.

Salim tidak membalas.

*****

Faiq Zaini membaca Al-Quran. Salim sedang menelaah pelajaran. Sudah seminggu Faiq Zaini datang menjadi tetamu. Lelaki itu akan berada di bumi Urdun ini untuk seminggu lagi. Cuti musim sejuknya adalah dua minggu.

Seminggu ini, tidak ke mana-mana. Sekadar berjalan sekitar Irbid sahaja. Boleh dikatakan, majoriti waktunya dihabiskan untuk bersama dengan Salim. Tanpa ada rasa kesah kerugian wang akibat tidak berjalan-jalan. Bahkan, Faiq Zaini sentiasa kelihatan senang hati.

Fikiran Salim sudah tidak fokus pada pelajarannya. Walaupun matanya lekat pada buku, tetapi fikirannya menerawang memikirkan Faiq Zaini.

Salim tersentuh. Seminggu Faiq berada di rumahnya, dia seakan ditegur secara halus akan tatacara kehidupan seorang muslim yang sebenar.

Dia yang telah lama meninggalkan kehidupan tarbawi yang terdidik di sekolahnya dahulu, rasa terpukul apabila Faiq Zaini dilihatnya masih istiqomah. Lelaki itu pergi solat di masjid setiap waktu. Bangun awal dan sempat berqiamullail sebelum menunaikan solat Subuh. Al-Quran pagi dan petang tidak ditinggalkan. Selepas Asar, dibacanya Al-Mathurat. Malah, Salim boleh melihat Faiq meluangkan masa dengan membaca buku Fikrah yang dibawanya sendiri dari Mesir.

Salim melepaskan nafas lemah.

Dia?

Baca Al-Quran pun entah bila kali terakhir. Solat Subuh sering sahaja terlajak. Dilakukan ketika matahari sudah naik tinggi semasa cuti, sebelum kelas pada hari belajar. Al-Mathurat jangan dicerita, langsung tidak dibaca. Buku Fikrah? Dia pun sudah tidak tahu mana satu buku fikrah dan mana satu bukan.

Hidupnya telah pekat dengan jahiliyyah. Jauh daripada tarbiyah. Meninggalkan semua ini membuatkan dia goyah.

“Weh, enta tak bosan ke hidup macam itu?” Salim menghentikan pembacaan Faiq.

Faiq angkat kening. “Bosan? Maksud enta?”

“Ya la, solat masjid nak kena jalan jauh. Bangun awal pula, tak cukup tidur. Baca Al-Quran, kena luang masa. Al-Mathurat lagi. Buku Fikrah lagi.”

Faiq ketawa. “Salim, Salim. Sejak bila semua benda ini membazirkan masa? Semua ini adalah benteng-benteng ghaib untuk menjaga kita daripada terjerumus dan tertipu daripada dunia”

Salim mencerunkan pandangan pada Faiq.

“Enta nak kata enta ini dah sampai tahap malaikat la?”

Faiq menggeleng. “Kita tidak akan mencapai tahap sempurna. Tetapi, kita boleh berusaha ke arah apa yang Allah redha. Sekurang-kurangnya, Allah sendiri menyuruh kita berusaha.”

Salim menjulingkan mata. “Kalau dengan enta, memang enta ajalah yang menang bila berdebat ni” Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak memanjangkan bicara lagi.

Faiq sengih. “Hati ana rasa tenang bila buat semua ini. Enta tak rasa tenang ke?”

Salim terdiam. Ketenangan hati.

Entah bila kali terakhir dia merasakannya.

*****

Faiq Zaini akan bertolak pulang hari ini. Lagi lima jam, lelaki itu perlu berada di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia untuk check in.

Faiq telah siap mengemas barangannya.

“Salim, sini kejap”

“Ada apa?” Salim yang baru siap memasak, bergerak mendapatkan Faiq.

“Duduklah” Faiq menarik Salim untuk duduk. Salim lambat-lambat menurut.

“Ada apa sebenarnya ni?”

“Ana nak cakap sikit”

“Cepat lah” Salim malas-malas.

“Nah” Faiq mengeluarkan sesuatu dari begnya. Buku tebal.

“Apa ni?” Salim menyambut buku itu dan melihat kulit depannya.

“La Tahzan, maksudnya jangan bersedih. Karangan Dr ‘Aidh Qarni. Yang ini dalam Bahasa Inggeris. Bolehlah enta baca waktu masa lapang”

“Ana ada nampak macam bersedih ke?” Salim ego. Namun di dalam hatinya, dia rasa bahawa Faiq dapat meneka keadaannya. Macam mana Faiq dapat meneka, di situ menjadi tanda soal.

Faiq tersengih. “Buku ini, bagus kalau untuk orang tertekan, yang terjatuh dalam kesedihan. Tetapi, untuk orang yang tak sedih macam enta…” Senyuman bergayutan.

“Boleh baca untuk ingat-ingatkan diri. Sesungguhnya, peringatan itu baik untuk orang yang beriman” Faiq menepuk bahu Salim.

Salim rasa terpukul. Terasa Faiq menyembunyikan sesuatu.

“Enta ada simpan sesuatu daripada ana kan?” Salim meletak buku itu ke tepi. Kali ini, dia serius hendak berbicara dengan Faiq. Dia dapat rasa, Faiq datang dengan membawa misi tertentu. Jika tidak, pasti lelaki itu tidak akan membazirkan wang semata-mata hendak menziarahinya.

Faiq menatap wajah Salim dengan pandangan lembut. “Apa yang ana simpan?”

Salim diam. Berkira-kira hendak membuka pekungnya atau tidak. Dia meneka-neka, apakah Faiq telah mengetahuinya.

“Enta ada dengar khabar-khabar angin orang berkenaan ana?”

Faiq tersengih. “Jadi, enta ada simpan sesuatu?”

Salim putus bicara. Faiq ini, tahu atau tidak?

“Salim, ana tak kisah kalau enta tak sayang ana” Faiq melepas rasa.

Salim diam. Faiq ini tengah nak lepas bengang ke? Baru sekarang rasa semua perkara yang dia korbankan, seperti duit, masa, seperti tidak bermakna apabila tidak mendapat balasan?

“Tapi, ana nak enta sayang diri enta sendiri” Faiq memandang tepat mata Salim.

Salim rasa terpukul. “Maksud enta?”

“Jangan lempar diri enta ke dalam neraka sahabat”

Mata Salim membesar. “Sejak bila kau jadi Allah ni ha? Boleh kata aku masuk neraka pula!” Suara ditinggikan.

Faiq menghela nafas. “Ana kata, jangan lempar diri enta ke dalam neraka. Ana bukan kata enta ahli neraka. Maksudnya, jangan enta rosakkan kehidupan enta dengan menjauhi Allah SWT”

“Ana tahulah enta ni lebih baik daripada ana. Janganlah buat bagus macam ahli syurga” Salim tidak berpuas hati.

“Ana tidak susah-susah keluarkan wang dan luangkan masa ke mari, menegur enta, sebab ana lebih baik daripada enta. Ana menasihatkan enta, sebab ana sahabat enta”

“Sudahlah. Aku malas nak dengar” Salim bergerak.

Faiq pantas mendapatkan tangan Salim. Salim berpaling dan memandang tajam Faiq.

“Dengar sini sahabat. Ana tak akan lepaskan tangan enta. Kalau enta terjun ke dalam neraka, ana akan terjun ke dalamnya untuk sambut enta semula. Biar nanti, di akhirnya kita berpimpin tangan menembus syurga”

Hati Salim rasa tercucuk-cucuk. Sinaran mata Faiq Zaini menterjemahkan keseriusan lelaki itu.

Apa yang membuatkan Faiq sekeras ini?

“Lepas…” Salim berbicara perlahan.

Faiq melepaskan pegangannya.

Salim bergerak ke dapur.

Dia menyediakan sarapan pagi itu dengan lelehan air mata.

*****

Mengikut rancangan asalnya, Salim hendak meninggalkan sahaja Faiq Zaini keseorangan menunggu waktu check in. Tetapi, entah kenapa, hatinya berubah untuk bersama dengan rakan sekolahnya itu. Salim menunggu bersama-sama Faiq.

“Hei Faiq. Enta tak rasa rugi ke?”

“Rugi? Apa yang ana rugi?”

“Ya la, dua minggu, datang Jordan tapi duduk dengan ana sahaja”

“Kan ana dah kata tempoh hari…” Faiq hendak mengingatkan. Tetapi Salim pantas memotong.

“Ya ya. Tapi takkan enta tak ada rasa rugi langsung. Banyak duit enta keluarkan. Banyak masa enta habiskan. Dua minggu. Baik enta pergi berjalan-jalan. Ini enta duduk dengan ana sahaja. Ana pun tak layan enta sangat”

Faiq menghela nafas. “Tak, ana tak rasa rugi sesen pun”

“Kenapa?”

“Sebab enta sahabat ana”

“Kenapa enta sampai sanggup macam ini? Ana tak layan baik enta pun selama ini”

“Sebab enta adalah tanggungjawab ana kepada Allah” Faiq menepuk belakang Salim.

“Ana yakin dengan itu”

Aku ini tanggungjawab dia kepada Allah? Macam mana? “Apa maksud enta?”

“Bila ana bersahabat dengan seseorang, ana bina hubungan dengan dia itu berdasarkan untuk mencari redha Allah SWT. Justeru, menjaga sahabat ana, adalah tanggungjawab ana kepada Allah SWT”

“Kalau sahabat enta tu buat buruk dengan enta, tidak endahkan enta dan sebagainya?”

“Itu urusan dia dengan Allah. Ana tidak peduli. Sebab, ana bukan bina hubungan ini untuk menerima balasan kasih sayangnya. Ana membina hubungan, untuk menerima kasih sayang Allah”

Teguh, mapan, prinsip Faiq Zaini membuatkan Salim terjeda. Begitu murni sekali sahabatnya. Patutlah sahabatnya itu tidak pernah berputus asa menghubunginya, menjaga hubungan antara kedua mereka, walaupun dia menunjukkan rasa tidak berminat.

“Enta dengan ana?” Salim bertanya.

“Sama. Sebab itu ana ada di sini” Faiq tersenyum senang.

“Sebab apa enta ada di sini?”

“Biarlah ana jujur dengan enta. Ana sebenarnya tahu keadaan enta di Malaysia. Ana sentiasa ambil berat berkenaan enta. Ramai kawan-kawan enta adalah kawan-kawan ana juga sebenarnya. Mereka selalu berkongsi keadaan enta di universiti. Bagaimana enta dengan perempuan, bagaimana kehidupan enta”

“Jadi, kenapa enta tak pulaukan ana macam mereka pulaukan ana?”

“Sebab ana sahabat enta. Kalau namanya sahabat, apakah akan membiarkan sahabatnya terbakar di dalam api?”

Salim diam.

“Kalau namanya sahabat, mesti hendak bersama bahagia. Jadi, ana nak enta masuk syurga dengan ana. Sebab itu ana ada di sini”

“Sebab itu enta ada di sini? Apa enta buat?” Salim tidak nampak.

“Bersama dengan enta. Menenangkan jiwa enta. Memberi harapan pada enta. Hendak tunjuk pada enta bahawa masih ada manusia yang sayangkan enta. Pimpin enta.” Faiq menarik tangan Salim, menggenggam erat. Salim tidak menariknya. Salim membiarkan. Matanya memandag tangannya yang bercantum dengan tangan Faiq itu. Hangat.

“Ana nak tunjuk pada enta, Allah masih sayang enta”

“Buktinya?”

“Allah benarkan ana bersama enta sekarang”

“Enta keluarkan duit, luang masa ini, hanya untuk itu?” Salim bertanya dalam keadaan wajahnya masih tetap menghadap tangannya dan Faiq.

Faiq mengangguk. Walaupun dia tahu Salim tidak melihat anggukannya.

“Kenapa la enta sanggup berkorban macam itu?”

“Sebab ana ithar enta” Perlahan Faiq berbicara.

Salim mengangkat wajah. Ithar bermaksud mencintai sahabat melebihi diri sendiri. Faiq Zaini telah membuktikannya. Sungguh mulia sahabatnya itu. Kini air mata Salim mengalir. Egonya runtuh. Hatinya bergetar hebat. Terpukul dan terkesan.

Ketika ini, kedengaran pengumuman mengarahkan penumpang Kapal Terbang Egypt Air untuk ke Cairo bergerak masuk.

Faiq bangun. Air mata Salim diseka dengan jari ibu.

“Uhibbukafillah Salim. Jaga diri baik-baik. Ana akan selalu hubungi enta”

Salim menangis teresak-esak. Memeluk Faiq seerat mungkin.

“Maafkan ana Faiq. Maafkan ana”

Faiq menggeleng. “Enta tak ada dosa dengan ana.” Faiq menepuk-nepuk belakang tubuh Salim.

Ketika ini, baru Salim sedar, bahawa dia perlu bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya sahabat seperti Faiq. Sahabat yang tidak akan meninggalkannya, walau dia berada di jurang neraka.

Sanggup mengorbankan harta, masa semata-mata untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat.

Ternyata, Faiq adalah sahabat yang sebenar.

Menterjemahkan definisi sahabat itu dalam kehidupan.

“Faiq!” Salim menjerit apabila Faiq semakin menjauh.

Faiq menoleh.

“Terima kasih!”

Faiq Zaini tersenyum manis. Berpaling semula dan mengangkat tangan.

A.I.E. Ternyata lebih daripada sekadar kata.

tempatkan bilikku di neraka

"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.


Sumber: Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

mencari tuhan di istana

Petikan daripada kisah Aulia' Allah. Kisah ini telah masyur tetapi disebutkan semula sebagai peringatan kepada kita semua. Juga sebagai mengambil barakah kemuliaan para kekasih Allah.

Beliau adalah seorang Raja yang hebat yang hidup dalam penuh kemewahan. Istananya megah berhias permata, emas, dan perak. Makanan, minuman, kenderaan dan apa saja kemahuan semua tersedia.

Suatu malam, ketika sedang beradu, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan diatas bumbung istana.

Raja bingkas bangun lalu bersuara, "Siapa kamu diatas bumbung istanaku?"

Ada suara orang dari atas menjawab, "Aku sedang mencari untaku yang hilang?" "

Bodohnya kamu mencari unta kamu di istanaku," ujar si Raja.

"Betapa pula tidak bodohnya kamu mencari Tuhan di dalam istana kamu," jawab suara orang itu penuh ketegasan.

Raja terkejut dan tersentak mendengar jawapan itu.....!

Beliau termenung jauh dan gelisah sepanjang malam........!

MUSAFIR INGIN MENUMPANG DI ISTANA

Beliau adalah Raja negeri Balkan (Bosnia sekarang). Peristiwa semalam sangat menyentuh hati beliau. Dalam beberapa hari kemudiannya beliau dalam kegelisahan....tidak dapat tidur nyenyak dan kurang selera mengahadapi urusan harian. Dalam keadaan termenung itu, tiba-tiba datang pengawal maklumkan ada seseorang ingin berjumpa beliau.

Raja: Siapa kamu? Dan apa hajat kamu?

Tetamu : Saya musafir, ingin berteduh sebentar di rumah tumpangan ini!

Raja : (serta merta merah padam mukanya) Apa kamu kata? Ini adalah istanaku. Bukan rumah tumpangan..kamu buta ke?

Tetamu : Bukan saya yang buta tetapi tuan.

Raja : Apa maksud kamu?

Tetamu : (setelah tengok kiri kanan) Siapa tuan?

Raja: Aku Raja yang bersemayam disinggahsana istana ini.

Tetamu : Sebelum tuan siapa yang duduk di istana ini?

Raja : Bapaku.

Tetamu : Sebelum bapa tuan, siapa pula?

Raja : Tentulah datuk aku.

Tetamu : Ya saya faham....sebelum datuk tuan tentulah moyang tuan. (senyum) Apakah nama bagi suatu tempat yang padanya ada orang datang, singgah dan pergi.?

Raja : Tersentak dan termenung.....!

Dengan hati yang penuh kegelisahan, Raja berangkat menuju ke hutan untuk memburu! Ramai hulubalangnya mengikut daripada belakang. Apabila terjumpa buruannya, beliau terus mengejarnya dengan kuda beliau yang pantas.

Tiba-tiba beliau terdengar suara, "Apakah untuk ini engkau dijadikan"

Beliau hentikan kudanya, menoleh kekiri kanan untuk melihat dari mana datangnya suara! Tetapi tiada seorang pun disitu. Raja teruskan buruannya!

Sekali lagi terdengar suara yang sama, "Apakah untuk ini engkau dijadikan" Keadaannya sama.

Tiada seorang pun disitu. Kali ketiga Raja mendengar suara yang sama. Tetapi masih tidak menemui seorang pun disitu. Akhirnya Raja pulang ke istana dalam keadaan sugul. Hatinya mencari-cari jawapan kepada beberapa peristiwa aneh yang berlaku keatas beliau!

Raja termenung jauh lagi.....

Hatinya gelisah...

Jiwa tidak tenteram.



Selera makan minum makin kurang, mata tak dapat lelap seperti dulu lagi.Dalam kegelisahan Raja duduk ditepi tingkap istananya yang menghadap jalan. Matanya jauh memandang, ke kiri ke kanan. Ditepi jalan ada suatu yang menarik perhatian beliau. Seorang faqir miskin sedang membuka bungkusan makanannya. Sekeping roti kering.

Raja terus memerhatikan kearah faqir miskin itu. Kelihatan wajah faqir itu tenang. Tiada sedikitpun terlihat kebimbangan atau kesedihan. Dia terus menikmati sedikit demi sedikit roti keringnya. Kemudian minum sedikit air sejuk. Selesai makan kelihatan faqir miskin itu terus baring dan tertidur.

Raja terus memerhatikannya, ingin sekali bertemu faqir miskin itu. Raja perintahkan pengawalnya menjemput faqir miskin itu ke istananya setelah dia bangun dari tidurnya. Faqir miskin mengdadap Raja.

Raja: Aku perhatikan kamu dari tadi.

Faqir : Hamba faqir miskin, tiada apa-apa harta.

Raja : Ya...aku perhatikan kamu makan roti kering dan air sejuk. Kamu rasa puas?

Faqir : Alhamdulillah, hamba rasa sangat puas dengan kurnia Allah Ta'ala itu, tuanku!

Raja : Aku perhatikan kamu tidur dengan lena ditepi jalan sana...kamu rasa puas?

Faqir : Alhamdulillah, hamba tertidur sangat lena sehinggalah terjaga lalu dijemput ke sini. Allah Ta'ala telah mengurniakan tempat tidur yang sangat indah untuk hamba!

Raja : Daripada raut wajah kamu tidak sedikitpun kelihatan kesedihan atau kebimbangan. Betul kamu puas hati dengan apa ada pada kamu?

Faqir : Alhamdulillah! Allah Ta'ala telah cukupkan segalanya untuk hamba ini.



Raja musykil dalam hati dengan seribu persoalan. Mengapa hati beliau tidak tenteram. Tinggal di istana kemewahan. Dan dipenuhi makanan yang lazat. Namun jiwanya penuh kegelisahan.....!

Pelayan wanita Istana, sedang menyediakan tempat tidur Raja. Seperti biasa tempat tidurnya diatas tilam empuk yang dihiasi aneka sulaman. Setelah siap mengemas, timbul keinginan dihati wanita itu untuk merasai ni'mat tidur diatas tilam empuk itu.

"Bagaimana rasanya tidur diatas tilam empuk ini. Tentu seronok", fikirnya dalam hati. Sambil duduk ditepi, dia pun cuba letakkan kepalanya ditepi tempat peraduan Raja.

Baru letakkan kepala, dia pun terus tertidur lena. Raja pulang dari perjalanan. Masuk ke tempat peraduan ingin beristirehat. Sebaik saja masuk bilik, alangkah marahnya melihat pelayan sedang tidur diatas tempat peraduannya.

Hatinya menggelegak....berani pelayan ini tidur di kamarku? Raja terus mencapai cemeti lalu dipukulnya wanita malang itu dengan sekuat hatinya dengan penuh kemarahan. Pelayan wanita itu terjaga, menjerit kesakitan. Dia sedar kesilapannya lalu memohon ampun.

"Ampuan tuanku, patik cuma ingin meletak kepala patik saja...tetapi terus tertidur. Ampunkanlah patik tuanku"

Permohonan pelayan wanita itu tidak dilayan. Kemarahan Raja tak dapat dikawal lagi. Pukulan demi pukulan cemeti terus singgah dibadan wanita itu, mengoyak kulitnya yang lembut. Wanita malang itu terus menangis, meraung dan menjerit kesakitan. Darah mula memancut keluar daripada tubuh halusnya. Kesakitan tak tertahan lagi. Dia terus merayu agar di ampunkan tetapi Raja tiada belas kasihan malah disambung pukulannya.

Tiba-tiba satu diluar dugaan berlaku! Pelayan wanita yang menangis dan menjerit kesakitan itu tiba-tiba ketawa! Sehingga ketawanya memenuhi ruang istana! Ketawanya memenuhi ruang hati Raja! Sehingga tangan Raja terhenti dari memukulnya.

Allahu Akbar!

Suasana jeritan wanita itu bertukar rupa!

Raja kehairanan! Mengapa tiba-tiba pelayan wanita itu ketawa....!

Raja : Apa yang menyebabkan kamu ketawa?

Pelayan wanita: (Tubuhnya berlumuhan darah.....sambil menahan kesakitan dia bersuara perlahan) Tuanku! Sewaktu Tuanku memukul tadi, terasa amat sakit.....tak dapat patik tahan. Tetapi tiba-tiba patik teringatkan hukuman Allah Ta'ala diakhirat nanti.

Raja : Apa yang kamu ingat? Kamu mengaku salah?

Pelayan wanita: Ya! Tuanku! Patik menerima hukuman tadi kerana terlelap sebentar diatas tilam empuk ini. Jadi patik terfikir kalaulah begini hukumannya kerana terlelap sebentar diatas tilam ini, bagaimana pula hukuman yang akan diterima oleh orang yang tidur diatas tilam ini tiap-tiap hari selama hidupnya!

Raja tergamam, mulut terkunci, tangan dan kaki menjadi kaku...tubuhnya berpeluh ketakutan...!

"Benar kata wanita itu. Aku telah sekian lama menderhaka kepada Allah Ta'ala. Aku telah lalai dalam kemewahan dan keseronokan dunia. Aku telah lupa kepada Allah Ta'ala"



Tanpa sepatah kata beliau melangkah keluar dari istana beliau, membawa diri sehelai sepinggang. Kerajaan, harta kekayaan, kemewahan istana semuanya ditinggalkan.!

Tiada bekal makanan, tiada wang dalam saku.! Beliau menuju ke suatu destinasi yang beliau sendiri tak pasti! Berapa lama berjalan, beliau tak pasti, badan mula terasa letih, rasa lapar menggigit perutnya! Dahulu, sewaktu bertahta di istana, apa yang dihajat segera sampai. Makanan, minuman, buah-buahan yang lazat-lazat. Perutnya sentiasa dapat di isi. Kini Raja jauh dari istananya, jauh dari manusia lain....dimanakah dapat beliau mencari sesuap makanan bagi mententeramkan perutnya?.

Raja terlihat sebuah kebun anggur di hujung belantara. Beliau menghampiri pagar kebun. Tak ada orang kelihatan....beliau petik sebiji anggur dan makan. Alangkah ni'matnya memakan sebiji buah anggur ketika didalam kelaparan! Malangnya belum sempat beralih, tiba-tiba datang pemilik kebun itu dan kemudian mula memukul beliau.

"Kamu pencuri!" Bentaknya kuat-kuat.

Si miskin (Raja) bersuara lemah, " Pukullah lagi! .....Aku, Ibrahim bin Adham telah sekian lama derhaka kepada Allah!"

"Ibrahim bin Adham? Raja yang memerintah!", tuan punya kebun macam tak percaya! Bagaimana? Kenapa? Tuan punya kebun menangis minta maaf.

Ya....Ibrahim Ibnu Adham, pemerintah negeri Balkan yang hebat meninggalkan istana dan singgahsana kemegahannya mencari Tuhannya yang abadi! Akhirnya diangkat oleh Allah Ta'ala menjadi kekasihNya!

Sama-samalah kita memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang beriman. Cuma kita perlu pastikan apabila memberi peringatan wajib kita mengikut Al-Qur'an, Hadis Nabi dan panduan Ulama' Mu'tabar.

Jika tidak mahir dan belum menguasai Al-Qur'an dan Hadis Nabi maka memadailah dengan merujuk kepada Ulama-ulama Mu'tabar kerana mereka adalah manusia-manusia terpilih yang di zahirkan oleh Allah Ta'ala untuk memimpin manusia kepada kebenaran Ilahi. Mereka telah mengkaji Al-Qur'an dan Hadis-hadis Nabi serta melalui Mukhatabah dengan Allah Ta'ala dan Mushafahah dengan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam untuk mengijtihadkan segala hukum sebelum menghimpun dan menjadikannya Ilmu-ilmu Islam yang ada dihadapan kita.

Banyak pengajaran dapat dinukil daripda kisah Shaikh Ibrahim ibnu Adham!



PENGAJARAN PERTAMA:

Allah Ta'ala sangat kasih kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha mencari jalan ketuhanannya. Ibrahim Adham cuba mencari Tuhan di istananya, dalam keadaan tenggelam dengan kemewahan dan kesedapan nafsu! Tetapi akhirnya beliau dikejutkan oleh Allah Ta'ala bahwa tidak mungkin seseorang menemui Tuhannya jika jiwa dan perasaannya dikuasai nafsu keduniaan, kemegahan dan kesedapan nafsu.!

Di sini mungkin ada yang bertanya, " Adakah seseorang perlu membuang seluruh kehidupan dunianya untuk mencari Tuhan."

Jawapan kepada pertanyaan ini bergantung kepada kekuatan seruan dan panggilan yang datang daripada Ilahi.

Jika Allah Ta'ala bermaksud mengangkat seseorang itu ke HadratNya kepada maqam yang tinggi maka disitu tiada siapa yang dapat menghalang seperti halnya yang berlaku keatas Ibrahim Ibnu Adham.

Bagi kita sebagai orang awam, langkah paling bijak ialah mengambil sikap sederhana. Tidak terlalu terkejar-kejar mencari keuntungan dunia sehingga segala kewajipan sebagai hamba Allah terjejas. Tidak pula terlalu miskin sehingga tidak dapat menyara diri dan keluarga Kerana membiarkan diri dalam kemiskinan adalah ditegah oleh Nabi Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam.

Inilah kedaaan sebaik-baiknya seperti yang dinasihatkan oleh Imam Al-Ghazali Radhiallahu 'Anhu dan para ulama lain.

PENGAJARAN KEDUA:

Apabila Allah Ta'ala berkehendak memberi kebaikan kepada seseorang hambaNya, maka sentiasa diperingatkannya dengan berbagai cubaan, ujian dan peringatan. Peringatan-peringatan ini seringkali didatangkan tanpa diduga yang tanpa disangka bahwa itu adalah peringatan Allah Ta'ala keatas dirinya. Kecuali orang yang sentiasa ingat bahawa dia sentiasa di awasi oleh Allah Ta'ala.

Hartanya, kekayaannya, keluarganya, dunianya menjadi pinjaman dan amanah yang akan ditanya di hari perhitungan nanti. Jika hati kita suci dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada Kurnia Allah Ta'ala ke atas agama kita, maka di situ akan terlihat segala bentuk peringatan, baik peringatan itu daripada dalam diri kita atau peringatan daripada makhluk Allah yang lain sebagai muhasabah diri.

Sebaliknya jika seseorang menganggap dirinya sudah baik dan cemerlang, maka segala peringatan Allah akan dilihat sebagai perkara biasa dalam hidup insan atau pun dia akan mencari kesalahan orang, bahawa orang lain menyebabkan kecelakaan pada dirinya.

Dipersimpangan ini memang sukar untuk mempastikan apakah ianya seruan Allah Ta'ala atau gangguan makhluk Allah yang lain.

Ibrahim Ibnu Adham tidak menyangka bahwa peristiwa-peristiwa awal yang dialaminya itu adalah peringatan Allah keatas dirinya. Dan apa yang patut dibuatnya. Tetapi timbul dalam diri beliau, beberapa kemusykilan apakah maksud daripada kejadian-kejadian tersebut. Beliau terus mencari jawapan.



PENGAJARAN KETIGA

Manusia yang diberi oleh Allah Ta'ala dengan kelebihan harta dan kekayaan duniawi ; samada mereka bergelar Raja atau Sultan atau Orang kenamaan yang kaya-raya jangan sesekali menganggap bahawa dia telah berada dalam kebaikan dan kemuliaan di sisi Allah Ta'ala.

Sebaliknya dia hendaklah sentiasa bimbangkan diri dengan keadaan demikian. Sifat kebanyakan manusia awam akan merasa selesa, tenteram dan berpuas hati dengan agamanya apabila dia telah berada dalam keadaan kemewahan dan kesenangan.

Pada anggapannya dia telah mendapat Rahmat Allah dan keredhaanNya. Kesenangan dan kemewahan yang menyelubunginya menyebabkan dia lupa diri, lalai dan tenggelam didalam kemewahan tersebut. Bahkan berdasarkan sejarah kemanusiaan, kebanyakan manusia yang diberi kekayaan oleh Allah Ta'ala menjadi sombong, takabbur membesarkan diri dan seringkali menghina orang miskin. Mereka selalu mendabik dada mengangkat diri sendiri bahwa mereka mendapat kekayaan itu dengan usaha mereka sendiri. Tidak kurang pula yang menjadi kejam dan zalim dan kafir.

Sejarah Fir'aun, Qarun, para sultan dan para raja yang memerintah di zaman lampau sudah cukup menjadi pengajaran kepada manusia. Menyedari hal yang demikian, sebaik-baik orang yang diberi kekayaan oleh Allah Ta'ala adalah orang yang tetap dalam keimanannya dan takut dan taqwanya kepada Allah Ta'ala dengan mencontohi Nabi Sulaiman Alaihis-Salam atau mencontohi Sahabat Nabi Abdur-Rahman bin 'Auf dan lain-lain yang telah menjadi contoh gemilang bagi kita.

Kesimpulannya, kita seharusnya:

1) Sentiasa menginsafi diri bahwa segala pemberian Allah Ta'ala itu adalah amanah Allah Ta'ala keatasnya bukan untuk menghabiskan masanya dan hartanya berfoya-foya.

2) Banyak mendirikan Ibadah malam mensyukuri ni'mat Allah Ta'ala ke atasnya. Pada hakikatnya walaubagaimana banyak pun dia beribadat tidak akan dapat membalas segala pemberian Allah Ta'ala. Tetapi ini wajib dilakukan sebagai perhambaan dirinya kepada Allah Ta'ala.

3) Banyak bersedekah kepada Faqir miskin dan menjamu mereka. Jangan jadi seperti kebanyakan orang-orang kenamaan dan kaya-raya mengadakan jamuan besar-besaran, tetapi tetamunya orang-orang kaya juga. Faqir miskin dipinggirkan kononnya tiada 'standard'.

4) Banyak membuat amal jariah seperti mendirikan masjid dan tempat istirehat orang-orang faqir miskin.

Dengan cara ini mudah-mudahan akan tertebus dirinya dengan segala pemberian Allah Ta'ala itu kerana dia telah melakukan yang terbaik bagi dirinya dan agamanya.

Guru teristimewa

Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa? Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata,
“Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!” .
Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.
“Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit…Tolongla…”
Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...
Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,
“Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat..”

Ku dengar hilai tawanya semakin panjang.Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku.
” Emm…Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu.Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung.Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat.Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat
jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?”

Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka. Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak
mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di
institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke
sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku
datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..
Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.
“Aku cokelat superman…”
“Aku sak bisa nagis….”
“Bia kelisih ku pei ninggalkanku..”

Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan
tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu.Tidak
dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni
syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku. Bersalam denganku.
Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih
sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar
amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..
Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru.Guru pendidikan Khas. Jangan engkau
mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di
dada. Engkau guru yang teristimewa!

Ya.... Sangat istimewa...
Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak
ini..Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman!

CINTAILAH mereka yang memerlukan !

ya allah,aku nak jadi orang!!

Petang itu cahayanya cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa meniupkan pelepah-pelepah kelapa menggambarkan suasana desa kampung yang harmoni. Beberapa ekor bangau melepak bersama kerbau-kerbau di kawasan sawah padi seolah-olah memberitahu terdapatnya jalinan utuh antara mereka bersama. Pokok-pokok rambutan yang lebat buahnya menzahirkan keindahan ciptaan Ilahi.

Tanpa disedari, sebenarnya mereka semua sedang bertasbih dan memuji Allah, tanda taat kepada-Nya.

Khairul dan ayahnya sedang berehat di atas kerusi ringkas di bawah sepohon jambu yang tidak berbuah. Seperti biasa, mereka berbual-bual tentang isu semasa. Tetapi petang itu, dia ingin mengutarakan soalan yang lama terpendam dalam hati kepada ayahnya.

"Abah, Khairul nak tanya sikit boleh?", kata Khairul.

"Tanyalah", jawab ayahnya.

"Sebenarnya, Khairul tak ada cita-cita. Khairul tak tahu nak jadi bila besar nanti. Abah nak Khairul jadi apa?", kata Khairul sambil memandang wajah ayahnya menantikan sebuah jawapan.

Lantas perlahan-lahan ayahnya meletakkan tangan ke atas bahu Khairul dan berpaut padanya seperti sepasang sahabat yang sangat rapat sambil mengalirkan arus kasih sayang kepada anak sulungnya itu.

"Khairul, abah nak Khairul jadi orang. Itu saja", jawabnya ringkas.

Lantas dengan laju jari-jemari Khairul menggaru kulit kepalanya yang tidak gatal sambil mempamerkan wajah pelik kepada ayahnya tanda tidak faham dengan kata-kata ayahnya.
Melihat Khairul begitu, ayahnya tersenyum sambil berkata, "tak mengapalah Khairul, suatu hari nanti Khairul akan faham".

Khairul tidak berpuas hati dengan jawapan ayahnya itu. Malam itu, dia mengutarakan soalan yang sama kepada ibunya mengharapkan jawapan yang memuaskan hatinya. Tapi, jawapan yang sama diberi ibunya.

"Mak nak Khairul jadi orang", kata ibunya.

"Memang Khairul orang pun mak", kata Khairul tanpa menyedari jarinya sudah melekat sekali lagi menggaru kulit kepala yang tidak gatal. Ibunya tersenyum melihat gelagat anak kesayangannya itu.

"Nanti khairul dah besar nanti, Khairul fahamlah tu", kata ibunya.

Beberapa hari selepas itu, berlakulah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan Khairul sampai sekarang. Sudah menjadi kebiasaan Khairul dan kawan-kawannya bermain 'kad tepuk'. 'Kad tepuk' ini merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang berbentuk perjudian. Dengan berbekalkan duit syiling 10 sen, sepapan kad yang mempunyai pelbagai gambar di depan dan nombor kad terup di belakang dibeli.

Apabila hendak bermain, setiap pemain dikehendaki bertaruh sebanyak beberapa keping kad. Apabila 'line clear', atau tiada guru, maka berlaku pertandingan tepuk-menepuk antara mereka. Setiap kad yang bejaya diterbalikkan angin hasil tepukan, menjadi milik kekal penepuk itu. Nah, inilah bentuk-bentuk perjudian halus yang dilakukan Khairul. Tapi ketika itu, Khairul tidak tahu definasi sebenar judi kerana dia masih kanak-kanak. Malam itu, seperti biasa, ibunya ingin menyemak hasil pembelajarannya di sekolah. Tapi, kad hasil kemenangan tadi yang dijumpai.

"Aduh, habislah aku. Lupa pulak nak simpan tadi," Khairul bermonolog sendirian.

"Khairul! Apa benda ni?," tanya ibunya dengan nada marah sambil menunjukkan kad itu kepada Khairul. Khairul hanya mampu menunduk.

Lantas ibunya bangun mengambil sebatang rotan yang sederhana saiznya tapi besar impaknya dalam hidup Khairul. Jantung Khairul berdegup kencang bagaikan enjin motor ayahnya kerana takutkan rotan itu.

"Tahu tak apa ni?," tanya ibunya.

"Kad judi," jawabnya.

"Selama ni mak hantar pergi sekolah suruh belajar bukan suruh main benda ni. Tadah tangan cepat!", perintah ibunya.

Maka tangan Khairul pun dicium rotan itu tanda sayang seorang ibu yang ingin membentuk anaknya menjadi anak yang soleh.

"Ingat, mak nak Khairul jadi orang, bukan binatang", kata ibunya.

Tapi Khairul yang masih kecil ketika itu masih tidak memahami maksud ibunya. "Khairul memang orang. Bukan binatang", dia bermonolog sendirian tanda protes tapi dalam diam sahaja.

Sejak kecil lagi Khairul sudah diterapkan dengan nilai-nilai Islami. Khairul dipaksa pergi ke surau sebelum masuk waktu, membaca Al-quran setiap hari, dan macam-macam lagi. Tujuannya hanya satu, untuk melatih Khairul menjadi 'orang'. Pada mulanya Khairul tidak suka diperlakukan sedemikian rupa tapi pabila dia sudah biasa, Khairul merasa halawatul iman dan jatuh cinta kepada Islam dan Penciptanya.


Alhamdulillah, Khairul telah mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan ditawarkan ke SMKA Kerian. Maka, dia terus dilatih menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini."

Itulah perinsip yang dipegang Khairul. Semakin hari, dia semakin memahami maksud kedua orang tuanya iaitu menjadi 'orang', bukan 'binatang'. Setiap hari, Khairul terus berusaha untuk majukan dirinya dengan mengimbangkan ketiga-tiga perkara ini, iaitu jasmani, akal dan roh. Dia bermain setiap petang, berusaha dalam pembelajarannya dan beribadah dengan istiqamah. Dia ingin bertawazzun (mengimbangkan) ketiga-tiga perkara ini supaya dirinya menjadi seorang muslim yang berjaya.

Tahun demi tahun berlalu, Khairul telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Pada suatu ketika di satu per tiga malam,dia berkhalwat seorang diri sambil bermuhasabah diri. Dia mengimbau kenangan dan dosa yang terdahulu lalu teringat pesan kedua orang tuanya yang mahukan dia menjadi 'orang'.

"Abah, mak, Khairul dah berjaya jadi 'orang'. Terima kasih banyak-banyak abah, mak, sebab didik Khairul. Khairul akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dunia akhirat. InsyaAllah." Khairul bermonolog sendirian sambil menitiskan air mata lantas berdoa.

''Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil''.

cerpen untuk mereka yang berdakwah di jalan allah.menarik!!

Laju jari-jemari Faiz menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Ulum Al-Quran yang baru diberi oleh Ustaz Zamri tadi telah dimulakannya. “
Oi Faiz! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Hamdi, merangkap teman sebilik dan juga sekelasnya melaung dari muka pintu.
Faiz menoleh sekilas.
Assignment” Jawabnya ringkas.
"Assignment Ustaz Zamri tu ke?” Hamdi melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Faiz.
"Ha ah” Terbeliak mata Hamdi melihat Faiz telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Faiz ditepuk kasar.
Faiz menghela nafas berat. Hamdi memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.
"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Faiz cuba menjawab setenang mungkin.
Hamdi tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil.
"Apa la kau ni Faiz,asal aku cakap je kau mula lah nak berceramah. Kau ni asyik program sana program sini, macam tak ada life! Ha, tadi Ayu kirim salam kat kau. Kesian la budak tu, kau buat tak layan je. Kau jangan jual mahal sangat Faiz.”
Faiz tergamam. Ayu. Nama itu tidak asing lagi buat dirinya, semenjak dirinya di semester satu lagi Ayu telah cuba mendekati. Bukan Ayu sahaja malahan beberapa wanita lain lagi. Namun, Ayu yang paling ketara.

Faiz menghela nafas berat. Di manakah dia pewaris Ummahatul Mukminin?
"Woi! Kau berangan apa lagi tu? Ha lagi satu Ayu pesan, balas surat ni.”
Hamdi bangun dan meletakkan sekeping kertas di sebelah laptop Acer Aspire 4530 lantas berlalu ke bilik air.
Faiz diam merenung kertas putih itu. Hatinya masih berbelah bahagi.
"Perlu ke aku baca surat ni?"
Perlahan-lahan tangannya mencapai kertas putih itu dan dibuka lipatannya. Faiz menelan air liur. Tulisan tangan yang kemas di atas kertas itu dibaca.
Assalamualaikum.. Maaf andai surat ini mengganggu ketenangan Iz. Dah lama Ayu perhatikan Iz,makin lama hati Ayu makin terpaut pada Iz. Iz je yang jual mahal.
Harap Iz balas surat Ayu ni. Ayu tunggu…
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
"Astarghfirullah.” Spontan, istighfar itu meluncur laju daripada mulut Faiz. Dadanya senak. Lantas kertas itu digumpal-gumpal menjadi sebentuk bola dan dicampakkannya ke dalam tong sampah.
Faiz bungkam.
"Ya Allah, apa lagi yang perlu aku lakukan? Bukankah Hawa itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok. Andai kekerasan yang digunakan, maka akan patahlah tulang itu."
Faiz baring di atas katilnya yang berwarna biru. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dahi.Panorama biliknya yang sederhana besar pada petang itu seolah-olah membungkamkan lagi hatinya.
"Jadi, aku harus membimbing dia?"

"Jangan! Nanti lain jadinya."

"Jadi apa tindakan terbaik? Carikan dia seorang pembimbing daripada kalangan muslimah!"

"Tapi siapa pula?"

"Arghh!” Spontan, Faiz menjerit kecil. Tersedar akan keterlanjurannya, Faiz beristighfar. Ditukar pula posisi daripada baring ke duduk.
Hatinya yang berkecamuk diulit dengan zikrullah. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.
"Aku tidak perlu mengikut nafsu syaitan!"
***
"Faiz!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Faiz yang baru keluar dari kelas terhenti. Faiz menoleh.
MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Faiz mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh yang Uwais yang tegap. Senior yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani.
"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”
Uwais menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Faiz menyambut.
"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”
Uwais tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”
"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.”
"Jomlah”
***
"Enta apa khabar? Dah makin cengkung ana tengok. Ada masalah ke?” Uwais memulakan pertanyaan. Teh O ais yang berada di depan mata di hirup sedikit.
Faiz melepaskan satu keluhan berat.
"Ana nak cakap pun, malu..”
"Sejak bila pula enta pandai nak malu-malu dengan ana ni?”

"Macam ni..”
Faiz menarik nafas panjang. Uwais menanti tenang.
"Ana sering diganggu.”
"Dengan makhluk halus?” Uwais bertanya seraya menghirup Teh O ais di hadapan matanya.
"Bukan. Dengan muslimah!”
Hampir-hampir sahaja air Teh O ais tersembur daripada mulut Uwais. Uwais tersedak-sedak akibat air yang tidak ditelan secara sempurna.
"Ana dah agak, enta mesti gelakkan ana” Faiz menunduk malu.
"Bukan, enta jangan salah faham, ana terkejut aje. Wah, bertuahlah enta ye.” Uwais tersengih.

Faiz mencebik.
"Kalau enta rasa apa yang ana rasa, baru enta tau bertuah tak bertuahnya ana ni” Faiz membalas separuh hati.
Uwais tergelak.
"Enta dah berterus terang?”
Angguk.
"Banyak kali. Tapi seolah-olah tak bermakna langsung penerangan ana.”
"Sabarlah Faiz, Allah sedang berbicara dengan enta. Dia tahu enta mampu hadapi ujian ni, sebab tu Dia tak turunkan kat ana. Apa-apa pun, enta berserahlah kepada Allah. Hidup di dunia ni memang banyak dugaannya. Berdoalah agar enta terhindar daripada fitnah dunia.Teringat ana pada sabda Rasululullah s.a.w bahawa wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya.Jadi andai enta dah berusaha, maka bertawakallah. Kalau enta perlu pertolongan, cari sahaja ana.”
Faiz tersengih.
Ha, yang enta tersengih-sengih ni kenapa?”
"Muka enta waktu serius kelakar juga ya.”
"Faiz!”
***
Eh, tu macam Hamdi.
Berkerut-kerut kening Faiz untuk memastikan insan yang hanya jauh beberapa meter di hadapannya itu benar-benar sahabatnya.

Sah!
Faiz beristighfar di dalam hati. Kakinya mula dihayun menuju ke tempat di mana Hamdi sedang rancak berbual dengan seorang muslimah. Sakit benar hatinya melihat Hamdi bergelak-ketawa dengan yang bukan ajnabi, bukan kerana cemburu tetapi kerana rasa kasih yang teramat sangat pada Pencipta Sekalian Manusia. Rasa cinta pada Allah yang mengurniakan cinta.
Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepada Hamdi, Faiz mematikan langkah.Tiba_tiba dia teringat pesanan Ustaz Hamzah pada seminar ‘Mencari Seorang Da’ie’ minggu lepas.

Manusia mana yang suka didekati secara kasar? Begitu juga mad’u kita. Kadang-kadang kita fikir menegur mad’u di khalayak ramai merupakan sesuatu yang hebat. Setelah menghentam mad’u dengan segala perkataan yang terbuku di dalam hati, kita akan melangkah pergi dengan gah tanpa kita sedari ada air muka yang telah kita kotori, ada hati yang telah kita lukai. Itu salah. Pertama sekali dalam berdakwah antum haruslah mendekati mad’u dan selepas itu peganglah hatinya dengan berhikmah. Jangan buat mereka berdendam pada kita.

Faiz melihat sekeliling. Ramai. Kakinya dihayun kembali menuju ke asrama.
***
'Kreek'
Bunyi pintu bilik yang terbuka membuat Faiz berhenti daripada menyusun buku-bukunya pada rak buku. Berdebar hati Faiz melihat sekujur tubuh Hamdi masuk dengan muka kepenatan.
"Baru balik Di?” Faiz bertanya ramah.
"Ha ah. Discussion tadi.”
Hamdi mencampakkan begnya di atas katil dan duduk di kerusi yang berada berdekatan meja belajar Faiz. Matanya meliar.
"Kau buat apa ni Iz?Bersepah semua”.

"Aku nak kemas sikit buku-buku ni. Dah nak bersawang rak buku aku ni”
Senyum.
"Erm, Di aku nak cakap sikit boleh?”Faiz berbelah bahagi.
"Sejak bila kalau nak bercakap kena minta izin daripada aku?” Hamdi berseloroh.
Faiz bangun daripada posisinya yang sedang bersila di atas lantai dan mengambil kerusi lantas diletakkan di hadapan Hamdi lalu dilabuhkan punggungnya dengan selesa.
"Di..”
"Apa dia? Cakaplah.”
Faiz memandang mata Hamdi. Kelakuan mad’u ketika dia sedang bercakap harus diambil kira kerana segala kelakuannya merupakan satu komunikasi bukan verbal yang harus difahami oleh seorang da’ie.
Faiz menarik nafas panjang.
"Macam ni Di, aku nak tanyalah…” Faiz mencapai buku yang baru sahaja di bacanya. Satu bab di buka dan tertera tajuk batas-batas pergaulan dalam Islam.
"Ni ha, aku tak berapa faham ayat dia. Putar-belit. Antara lelaki dan perempuan apa batas-batas dia?” Jari telunjuk Faiz menunjuk ke arah tajuk yang tertera.

"Bak sini buku tu”
Faiz menghulur.
La.. kacang je, apa yang kau tak faham. Lelaki kena tundukkan pandangan apabila berhadapan dengan wanita yang bukan muhrim, begitu juga dengan wanita. Kedua-duanya harus menundukkan pandangan untuk mengelak fitnah dan penyakit di dalam hati.” Lancar Hamdi menerangkan.
"Jadi kalau ada discussion?”
"Bincang yang penting-pentinglah, tapi janganlah berdua sahaja nanti syaitan pula jadi yang ketiga. Yang perempuan tak boleh melunak-lunakkan suara, lelaki kena pandailah kawal diri.”

"Kalau berbual berdua di khalayak ramai?”
Hamdi mendengus.
"Tak boleh juga. Lagi bahaya sebab nanti bakal menimbulkan fitnah. Ala, pasangan kekasih kalau di khalayak ramai pun tak malu nak buat maksiat! Kalau lelaki perempuan dalam satu kumpulan nak bergurau senda pun kena juga berpada, jangan sampai menyumbang kepada pergaulan bebas.”
"Di..”
Faiz memanggil perlahan.
"Apa lagi kau nak tanya?”
"Tadi, aku ternampak kau bergelak-ketawa berdua dengan seorang muslimah” Faiz menembak tepat pada sasaran.

Hamdi diam, baru tersedar jawapannya tadi itu bakal memakan dirinya sendiri. Dalam tidak sedar, mindanya memikirkan kebenaran kata-katanya sendiri!
***
Sudah tersebar fitnah itu. Fitnah yang mengatakan bahawa Faiz sering keluar dating bersama Ayu. Fitnah yang disertakan dengan gambar-gambar super impose Ayu dan Faiz benar-benar menggigit sanubari Faiz.
Faiz bungkam. Mindanya masih memikirkan tentang kejadian sebentar tadi.
Eh kenapa semua orang tengok aku ni?
Faiz bingung memikirkan mengapa setiap langkahan kakinya di sertai dengan mata-mata yang tajam melihat.

"Eleh, nampak je alim. Pura-puralah tu”
Telinga Faiz menangkap suara seseorang namun kepalanya tidak berani menoleh.
"MasyaAllah, Faiz” Bahunya ditepuk seseorang. Faiz menoleh, dan terasa ingin dipeluk sahaja batang tubuh Uwais di hadapannya.
"Uwais, tolong ana, ana tak tahu kenapa hari ni semua orang macam nak telan ana”
"Ikut ana”
Faiz mengekori langkah Uwais yang akhirnya tiba di sebuah kelas kosong. Uwais membuka beg laptopnya dan mencari rangkaian internet. Emailnya dibuka.
"Faiz” Uwais memanggil.
"Ya”
"Mari sini sekejap.”

Faiz melangkahkan kakinya merapati Uwais. Uwais menghalang Faiz daripada melihat ke arah laptopnya.
"Nanti. Ana harap enta bersabar banyak-banyak. Ini ujian Allah”
"Kenapa ni?” Faiz gelisah.
"Ni...” Uwais menunjukkan emailnya.
Faiz hampir-hampir rebah melihat semua gambarnya bersama Ayu. Jijik.
***
Hamdi mundar-mandir di dalam bilik. Sesekali matanya menjeling tubuh Faiz yang asyik berselubung di atas katil. Sudah dua minggu Faiz begitu, rutin hidupnya yang selalu sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyah kini bertukar 360 darjah!

Faiz hanya pergi ke kelas dan kemudian balik ke bilik. Wajahnya pula semakin cengkung dek kerana kurang makan.
Hamdi mendengus. Hidupnya mula terasa bosan tanpa ceramah percuma dan teguran daripada Faiz. Matanya menjeling lagi tubuh Faiz yang semakin tidak terurus.
Ni tak boleh jadi!
Pantas kakinya dihayun dan berdiri di sebelah katil Faiz.
"Faiz” Hamdi memanggil. Tegas.
Diam.
"Faiz!" Suaranya ditinggikan sedikit.
Diam.
Hamdi berang. Pantas tangannya memegang bahu Faiz dan mendudukkannya.
"Kau nak apa ni Di....” Faiz bersuara lesu.

"Kau tanya aku nak apa? Kau ni dah kenapa Faiz? Mana Faiz yang dulu?” Hamdi membetulkan posisinya agar duduk berhadapan dengan Faiz. Faiz harus disedarkan!
"Kau tak nampak ke, satu universiti dah tak suka kat aku. Nama aku dah busuk Di, aku malu.Faiz mula mengalirkan air mata. Wajahnya yang mula cengkung ditambah pula dengan deraian air mata dan rambut yang agak kusut benar-benar menyentuh sanubari Hamdi.
"Faiz, kau lupa ke maksud nama kau apa? Pemenang. Seorang pemenang tak boleh cepat mengalah macam ni. Seorang pemenang akan bertungkus-lumus mengalahkan lawan. Kau nak biar nama kau busuk sampai bila? Kalau kau sendiri tak bangkit, siapa lagi nak perbaiki keadaan?Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri?”

"Tapi aku tak tahu nak buat apa..”
"Tu alasan,Faiz. Allah dah janji, setiap masalah ada jalan penyelasaiannya. Kau lagi arif daripada aku. Bangkitlah Faiz, kau tak boleh terus macam ni, kau penggerak ummah! Kalau kau lemah, apa jadi kat ummah?" Faiz, kalau kau tak kesian kat diri kau sendiri, kesianlah kat ummah yang dah semakin parah. Aku rindu pada Faiz yang tidak pernah tinggal untuk solat berjemaah di masjid hatta sakit sekali pun!”

Faiz tidak menjawab. Terhenggut-henggut badannya menahan tangis yang semakin menderas. Hamdi menepuk-nepuk bahu Faiz. Matanya turut digenangi air, memikirkan beban yang dipikul Faiz. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
"Tinggalkan aku sendiri, Di...”
Hamdi akur, kakinya mula melangkah keluar bilik. Air matanya tumpah jua, terbayang kembali bagaimana sikapnya terhadap wanita, terasa hina kerana biar pun dirinya yang terlibat dalam pergaulan bebas, Allah memilih Faiz untuk ditunjukkan kasih sayangNya.Hidayah Allah seolah-olah telah meresap dalam hatinya.
Faiz, semoga kau tabah dan sabar. Aku rindu Faiz yang dulu... Aku janji lepas ni aku akan teman kau menjadi penggerak ummah!
***
Hamdi membuka pintu bilik perlahan-lahan, bimbang akan mengganggu Faiz dan sebaik sahaja pintu bilik terbuka, kornea mata Hamdi menangkap imej Faiz yang sedang khusyuk berdoa sambil menangis. Hamdi membiarkan. Tubuhnya dicampak ke atas katil. Matanya dipejamkan.
"Di..”
Oh Allah, rindunya aku pada suara itu yang sentiasa menasihatiku.

"Di...”
Ya Allah, ubatilah rinduku ini.
"Di!”
Hamdi membuka matanya. Terpinga-pinga dia sebentar tatkala melihat batang tubuh Faiz berdiri tegak di sebelah katilnya. Matanya digosok-gosok seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Faiz tersenyum.
"Kenapa Di?” Faiz kehairanan melihat Hamdi yang tidak keruan.
"Er, takde, aku ingat aku berangan tadi dengar suara kau”
Faiz tergelak kecil dan melangkah ke lockernya. Sehelai jubah baru berwarna hijau lembut diambil dan disarung ke tubuhnya. Rambutnya disisir rapi.

"Kau nak ke mana ni?” Hamdi bertanya cemas.
"Aku nak jumpa Uwais.”
"Buat apa?”
"Di, aku pemenang!” Faiz menjawab ringkas dan berlalu meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga.
***
"Em, lamanya.” Faiz mengeluh, sesekali jam ditangannya dikerling. Raut kegelisahan jelas terpamer di wajahnya.
"Sabarlah Faiz, berzikir dahulu, selepas ni kita tidak tahu apa yang akan berlaku.” Uwais di sebelah menasihati.
Pertemuan antara Ayu dan Faiz di wakaf yang terletak di Taman Ilmu yang sengaja diatur oleh Uwais untuk menyelesaikan segala-galanya jelas mengundang kegelisahan buat diri Faiz. Uwais tenang. Jam casio di tangan di kerling sekilas.
"Hm, janji pukul 2 ni dah 2.30. Dia datang ke tak ni” Faiz mengeluh lagi.
"Faiz, duduklah, apa-apa pun ingatlah kita nak selesaikan masalah dengan cara berhikmah.”
Faiz akur dan mengambil tempat di sebelah Uwais. Hatinya mengalunkan zikir.
"Ha tu dia” Uwais menyenggol siku Faiz.
Faiz gelisah.
"Assalamualaikum” Ayu memulakan kalam, wajahnya kelihatan berseri.
"Waalaikumsalam” Serentak Uwais dan Faiz menjawab.

"Ada apa panggil Ayu ke sini?” Ayu bertanya tanpa menampakkan walau sedikit pun rasa bersalah.
"Beginilah ukhti, ana tak pandai nak berkias-kias, ana cuma nak penjelasan daripada enti tentang penyebaran gambar palsu ana dan enti” Faiz bersuara. Tegas.
Wajah Ayu berubah cemas.
"Mana Ayu tahu apa-apa”
"Ukhti, Allah lebih tahu apa yang enti lakukan. Takutlah pada Allah.”
Mata Ayu mula digenangi air mata. Faiz menundukkan pandangan, tidak tegar dia melihat air mata wanita yang mampu melumpuhkan iman lelaki.

"Ayu... Ayu terlalu sayangkan Faiz!” Akhirnya Ayu bersuara,jujur..
"Ana hargai rasa sayang pemberian Allah tu, rasa sayang yang suci tidak harus enti kotori dengan fitnah mainan syaitan. Rasa sayang yang suci tidak harus membutakan mata enti daripada melihat kebenaran dan kebatilan dan rasa sayang yang suci tidak harus membuatkan enti tunduk pada tuntutan nafsu.Bukan begini caranya enti menyalurkan rasa sayang tu, yang mana tindakan enti telah membusukkan nama ana...”
Ayu menangis.

"Maafkan Ayu, Ayu tak sangka jadi begini...”
"Enti, berginilah. Ana tidak mahu panjang-panjangkan kes ni, Ana cuma nak enti bersihkan kembali nama ana. Ana berjuang di jalan Allah,susah untuk ana berhadapan dengan mad’u yang mencerca ana atas maksiat yang tidak pernah ana lakukan. Mad’u ana yang dahulu pun sudah semakin jauh daripada ana dan Islam. Ana harap enti fikir-fikirkanlah.Jika enti tak mahu, ana terpaksa bawa kes ni kepada pihak atasan. Perbualan kita telah pun sahabat ana rekod melalui handphonenya.”

Ayu memandang Uwais. Uwais mengangguk.
"Jadilah mawar berduri yang berkembang mekar mengharungi arus dunia yang semakin kejam.Katakanlah yang benar walau pahit.”
Faiz mematikan ayatnya dan melangkah pergi bersama Uwais.
***
"Faiz! Tahniah, Ayu dah buat pengakuan. Memo-memo dah ditampal menyatakan kemaafan pada kau”
Hamdi tersenyum girang menyatakan berita itu kepada Faiz yang sedang duduk berteleku di meja belajarnya. Bagaikan masih kelihatan memo yang dibacanya di papan-papan notis menyatakan maaf pada Faiz.

Faiz tersenyum.
"Alhamdulillah, lapang dada ana... Syukur ya Allah.”
Sebak dada Faiz memikirkan pertolongan daripada Allah yang tidak pernah berhenti.
"Di, syukran....” Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menyedarkannya.
Hamdi membalas pelukan itu.
"Uhibbuka fillah” Faiz bersuara sebak.
"Uhibbuka fillah aidhon” Faiz melepaskan pelukan, dilihatnya mata Hamdi dipenuhi air.
"Eh, Di kau menangis?”
"Mana ada, mata aku masuk habuk.” Hamdi mengesat matanya yang memerah.
"Eleh sudahlah. Ada hikmahnya Allah turunkan ujian ni, dapat aku tengok air mata kau.” Faiz masih mahu mengusik.
Sejenak, mindanya teringatkan Uwais. Lantas, handphonenya dicapai dan dia mula menaip.
Salam ya akhi, syukran atas segalanya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.
"Faiz” Hamdi memanggil, perlahan.
"Ya”
"Aku.. Aku nak jadi penggerak ummah juga”
Faiz terpana.
"Boleh sahabatku...”
Sekali lagi, Faiz memeluk erat tubuh Hamdi, seerat janji yang dipatri, seutuh ikatan yang dibina.