aku adalah seorang manusia yang telah ditetapkan namaku yang berbunyi 'mohamad izwan bin zainal abidin'. aku dilahirkan pada 23 oktober 1992 di hospital besar tunku ampuan rahimah,klang,selangor. sewaktu berumur 6 tahun,aku dihantar oleh kedua orang tuaku ke tadika ikhwan untuk memantapkan diriku sebelum aku memulakan alam persekolahan yang pertama di sekolah kebangsaan sungai udang dan juga tidak ketinggalan,aku turut menerima dan mendalami ilmu agama di sekolah rendah agama kampung delek.oh ya,sebelum terlupa,aku dibesarkan di kawasan klang,iaitu kampung delek,mesti ramai yang tidak mengenali kampungku ini,tetapi tidak mengapalah,yang penting aku sudah memberitahu anda semua.
setelah 5 tahun bersekolah di sekolah rendah,aku mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan psra iaitu peperiksaan penilaian sekolah rendah agama dengan mendapat keputusan mumtaz.alhamdulillah,aku bersyukur dengan keputusan ini kerana melalui keputusan inilah aku berjaya ditawarkan untuk belajar di sekolah agama menegah sultan hisamudin sungai bertih,klang,satu sekolah yang memerlukan keputusan yang cukup tinggi.alhamdulillah,aku salah seorang daripadanya.setelah bersekolah di situ selama 5 tahun,aku berjaya menamatkan pembelajaran di sekolah tersebut,walaupun keputusan spmku tidak cemerlang,tetapi aku bersyukur sangat2 kat allah sebab beri aku peluang melanjutkan pelajaran.sewaktu keputusan ipta diumumkan,aku berasa sedikit terkilan kerana aku tidak ditawarkan dalam bidang yang aku sukai iaut syariah.keperitan itu ditambah lagi dengan keputusan luar negara.sudah lama aku bercita2 untuk menjejakkan kaki ke morocco,namun harapan itu hancur memandangkan keputusan aku yang tidak cemerlang.
aku cuma ditawarkan untuk belajar di uia.kos asasi ilmu wahyu.selama aku belajar di sana,aku tidak merasa apa2 ilmu yang aku dapat,hanya ilmu yang tidak formal di masjid sahaja yang aku benar2 terima.tetapi apa yang menarik semasa aku belajar di uia,aku terasa betapa nikmatnya kurniaan ukhwah yang telah aku kecapi semasa belajar di uia,ditambah lagi,aku belajar tentang sesuatu semasa berada di uia.persahabatan,kekuatan dan mencuba sesuatu yang baru.semasa aku berada di uia,aku ditempatkan di bilik oku,semua ini bukan secara kebetulan tetapi telah ditetapkan allah sejak azali lagi,sebelum aku ke uia nilai,kami berorientasi di uia pj,iaitu pusat asasi di pj.sewaktu di pj,persahabatan kami seramai 10 orang terlalu erat,sampaikan satu masa kami bercadang untuk berkongsi bilik apabila tiba di uia nilai,malang tidak berbau,apabila tiba di nilai setelah bermacam2 kejadian berlaku,kami tidak dapat bersama satu bilik gara2 bilik2 dan dorm di nilai sudah penuh,kami terpaksa berpisah untuk sementara waktu..perasaan..tentulah sedih tetapi inilah ketentuan allah.kami hanya merancang tetapi allah yang menentukan!
sewaktu berada di bilik oku,macam2 perasaan timbul.takot,seram dan mcm2 lagi.aku mula berkomunikasi dengan seorang pelajar oku yang berada dalam bilik tersebut.namanya adam.beliau daripada negeri sarawak.ya allah,aku dapat kawan sarawak rupanya!..sewaktu mengenali beliau,aku tidak pernah mersakan boring tetapi sangat gembira kerana beliau memahami aku dan pemikiran aku benar2 serupa dengannya! subhanaallah...allah maha berkuasa!...
persahabatan aku dengan adam dan kawan2 lain berjalan selama seminggu..pada satu hari,keputusan maktab telah dikeluarkan..aku berjaya memasuki maktab perguruan islam!..bermacam2 perkara menyebulungi diri ini tetapi aku tetap bersyukur kerana ditawarkan ke maktab tersebut!...tetapi apa yang menyedihkan,aku terpaksa berpisah dengan rakan2 lebih2 lagi adam..adam seorang oku yang kuat dan gigih,beliau sungguh kuat walaupun mengalami penyakit leukimia.dia sungguh tabah! tidak pernah aku menjumpai seorang oku yang kuat seperti beliau! subhanaallah..apepun,inilah pengajaran yang ingin aku ceritakan bahawa allah tahu apa yang terbaik untuk kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan