Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Sabtu, 27 November 2010

Dia sahabatku yang 'special'


Hari ini,hari yang sungguh indah bagi diriku,ibarat burung yang berkicauan sambil menggerakkan sayapnya untuk memulakan hari baru. Hari ini juga diriku tidak lena untuk tidur memandangkan ada satu perkara lagi yang tidak aku lakukan,ya,hari ini aku ingin berblog untuk 'menyedapkan' hati ini yang seakan 'degil' untuk terus 'menaip' di kala malam sudah kian larut.

Hari ini aku sebagai hamba ALLAH ingin melahirkan rasa syukur kepadaNYA kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk terus beribadah kepadaNYA,Aku juga ingin berkongsikan sesuatu kepada 'diri' ini agar terus menjadi hambaNYA yang bersyukur.

Aku mempunyai seorang sahabat,seorang sahabat yang pada asalnya hanya merupakan 'angan-angan' semata-mata untuk aku berukhwah dengannya, Sewaktu di Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Ketika itu aku masih berusia 11 tahun,aku masih teringat,ada seorang sahabat yang 'telah' ALLAH kurniakan kepadaKU. Waktu itu, kedudukan tempat duduk berubah,aku 'ditakdirkan' duduk di sebelah hamba ALLAH yang bernama Nazif, Ya,sungguh! aku gembira dan bersyukur kerana berpeluang untuk berukhwah dengannya. Aku begitu teramat gembira kerana diberi peluang untuk duduk di sebelah seorang manusia yang aku 'angan-angankan' selama ini.

Sepanjang duduk di sebelah sahabatku ini,banyak perkara yang telah aku pelajari,namanya sahaja sudah membuktikan yang dia adalah seorang yang 'pembersih' dan kemas. Aku masih teringat,waktu itu aku cuba-cuba untuk 'meniru' tulisannya kerana bagi aku,tulisannya agak memikat hatiku, Ya,tulisannya sungguh cantik dan kemas ditambah dengan baris-baris huruf yang begitu teratur. Tiba-tiba dia merenung tulisanku dan berkata..'wan,ko cuba tiru tulisan aku ye?'..aku hanya diam sambil melemparkan senyuman. Allah Maha Besar,aku telah banyak belajar tentnag 'islam' melalui seorang sahabat yang bernama Nazif.

Hari demi hari berlalu,dia memang seorang sahabat yang baik,tetapi bukan seperti yang disangka,aku tidaklah serapat hubungannya berbanding sahabat-sahabat sekelas yang lain. Maklum sahajalah,ketika di sekolah kebangsaan,aku berbeza sekolah dengannya. Aku 'menuntut ilmu' di sekolah kebangsaan sungai udang manakala nazif bersekolah di sebelah sekolahku iaitu sekolah kebangsaan telok gadong dan kebetulan pula,di sekolah rendah agama,di kelasku sungguh ramai rakan-rakan yang sama sekolah dan sama sekelas dengan nazif sewaktu berada di sekolah kebangsaan.

Nazif begitu beruntung sekali kerana dikurniakan ramai sahabat yang mengambil berat tentang beliau,ramai kawan-kawan yang suka besahabat dengan dia,mungkin kerana akhlaknya yang begitu indah sekali. Ya,nazif adalah sahabat yang baik. Sebagai sahabat,aku hanya mampu melihat Nazif daripada jauh sahaja,bagiku aku gembira melihat seorang sahabat 'bergembira' sambil melemparkan senyuman menikmati hari-hari indah sebagai seorang hamba ALLAH.

Satu hari,keputusan ujian prestasi telah diumumkan,aku mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan,walaupun aku sudah melakukan yang terbaik,namun aku tidak mampu bersaing dengan rakan-rakan yang 'otaknya sungguh geliga'. Maklum sahajalah,kelasku adalah kelas 'anak emas'. Kelas harapan untuk menaikkan prestasi sekolah dalam peperiksaan besar seperti PSRA untuk darjah enam pada tahun berikutnya.

Jika diikutkan keputusan,keputusanku berada di no 2 terakhir dan sekiranya aku masuk ke kelas yang lain,kedudukanku tidak melebihi no 3. Ya,sungguh kuat persaingan di kelas 'anak emas' ini. Aku tidak begitu kisah dengan kedudukan No.ku,tetapi aku begitu kisah tentang hubungan persahabatanku dengan nazif. Keputusannya naik mendadak sehingga meletakkan dirinya 'setara' dengan orang-orang yang bijak.

Akhirnnya kedudukan yang kupertahankan selama ini 'musnah' begitu sahaja. Aku tidak lagi dapat berukhwah dengan Nazif, kedudukan tempat duduk berubah bermakna 'hati' seseorang juga mampu berubah. Bukan mudah untuk jiwa seorang 'budak mentah' seperti usia ini mampu mendalami 'erti persahabatan' yang telah diajarkan para nabi sendiri.

Entah mengapa,apabila pulang sahaja ke rumah, air mataku mengalir laju dan deras ibarat air sungai yang tidak henti-henti mengalir. Aku begitu sedih sekali kerana tidak dapat berukhwah dengan seorang sahabat yang telah banyak mengajarku tentang 'erti hamba yang sebenar'.
Aku redo dengan apa yang terjadi. Malah,aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

Hari-hari yang telah aku lalui selama ini yang 'diiringi' pelangi telah bertukar wajah menjadi 'mendung'. Masakan tidak,apabila teman perjuangan tiada di sisi sudah tentu membuatkan hati ini terasa 'berbeza' sekali. Sudah lama kami berukhwah,tiba-tiba takdir telah menetapkan segala-galanya. Aku pasrah,aku redo...

Usai berlalu,aku hanya mampu memandang sahabatku itu dari jauh, Nazif amat berbakat dalam bidang nasyid,Ya,suaranya sungguh merdu dan begitu memikat hati para pendengar sehingga beliau terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid peringkat zon. Bonus untuk nazif kerana beliau adalah vokalis. Aku pula turut serta mewakili sekolah tetapi berbeza dengan beliau kerana aku mewakili sekolah atas tiket pertandingan khutbah.

Waktu terus berjalan dengan begitu pantas. Sewaktu naik sahaja darjah 6,kami sekelas diberitahu satu 'berita sedih'. Kami sekelas 'terpaksa' dipecahkan dan 'terpaksa' berpisah untuk diagih-agihkan masuk ke kelas lain. Motifnya,ustazah sekolah itu mahukan anak murid 'yang cemerlang' ini membantu meningkatkan prestasi pelajar di kelas bawahan. Pada ketika diberitahu pengumuman tersebut, aku kedengaran suara tangisan daripada pelajar perempuan manakala pelajar lelaki hanya mengeluh kerana terpaksa berpisah setelah sekian lama mereka 'menjalinkan persahabatan',

Aku juga tidak ketinggalan turut berkongsi perasaan dan emosi yang sama,masakan tidak,aku terus di uji oleh ALLAH, dahulunya aku tidak dapat duduk di sebelah Nazif dan hanya melihatnya dari jauh,namun kini aku tidak dapat melihat wajahnya lagi ketika belajar apatah lagi berkongsi 'cerita' bersama-sama. Aku dan rakan-rakan sekelas menerima 'ujian' ini dengan redo. Kami dipisahkan ke kelas-kelas. Terdapat 6 kelas kesemuanya yang tidak sabar 'menunggu' kedatangan kami. Aku berada di kelas 6 (3) manakala nazif berada di kelas 6 (5).

Sewaktu berada di kelas tersebut,aku tidak pernah menduduki kedudukan dalam kelas melebihi no 5,dan lebih menarik lagi,kesemua bekas pelajar 'anak emas' menduduki tempat teratas dalam kelas,kebiasaannya kami hanya dipisahkan beberapa 'point' sahaja ketika berada di kelas tersebut dan no yang seterusnya kelihatan 'jauh' ketinggalan daripada segi peratusnya.

Nazif juga begitu,dia sering kali menduduki kedudukan yang baik dalam kelas. kami terus bersaing dalam pelajaran sehinggalah kami menduduki peperiksaan 'besar' iaitu PSRA. Setelah sebulan menunggu keputusan,tiba-tiba satu hari ustazah di sekolah aku menelefon bapaku menyatakan bahawa aku telah mendapat keputusan MUMTAZ dan mengucapkan tahniah kepadaku. Ustazah tersebut telah menyuruhku mengambil keputusan tersebut di sekolah.

Aku teramat gembira sekali. Ya,inilah kali pertama dalam sejarah aku mendapat keputusan Mumtaz,malah aku berada di Ranking sekolah yang agak baik mengalahkan rakan-rakanku yang lain. Cumanya keputusanku tidak dapat dikongsi oleh sahabatku,nazif. Nazif hanya memperolehi keputusan jaid jiddan yang hampir-hampir mumtaz. Hanya 0.1 peratus sahaja yamg membolehkan beliau mumtaz.

Hari 'ceria' ini berlalu dengan pantasnya. Kami sebagai sahabat terpisah untuk jangka waktu yang panjang,aku tidak tahu nazif berada di mana,aku tidak tahu keadaannya,malah aku juga tidak tahu 'kedudukan sekarang' nazif berada. Kami seolah-olah terpisah tanpa berita. Aku bertanyakan kepada sahabatku yang lain,mereka juga tidak tahu di mana nazif berada. Aku meneruskan pembelajaran di salah sebuah sekolah agama di klang,tidak jauh dariapda rumahku. Sekolah itu adalah sekolah agama menengah hisamudin sungai bertih yang juga boleh dikenali dengan panggilan sgberth.

Waktu itu jiwaku seakan tidak 'bernyawa'. Sahabat yang rapat denganku tiba-tiba menghilang tanpa berita. Aku terasa sedih yang amat lebih-lebih lagi jiwaku yang membesar yang memerlukan 'sahabat' untuk mengharungi dunia sebagai seorang remaja yang penuh berliku dan 'bernafsu'. Dunia remaja adalah dunia yang penuh mencabar dan dunia berlakunya perubahan 'emosi' dan 'identit' diri. Dunia ini juga dunia yang penuh dengan perkara 'mencuba-cuba'.

Tahun demi tahun berlalu,namun tiada kabar berita daripada Nazif. Waktu seakan berlalu begitu sahaja,malah aku ibarat manusia yang sudah 'terbabas' dengan dunia remajaku. Aku tidak lagi seperti remaja yang diimpikan zaman rasulullah. Aku hanya remaja yang 'terjebak' dengan dunia yang penuh tipu daya. Hatiku telah dipenuhi 'bintik-bintik' hitam. Aku terpengaruh dengan sikap kawan-kawan. Aku begitu berdosa. Walaupun aku tahu manusia itu berdosa,namun aku cuba menimimakan dosa,tetapi aku gagal. Hari-hari yang aku lalui seperti berada di dalam 'penjara'. Aku tidak tentu hala sehinggakan aku berdoa kepada ALLAH yang MAHA KUASA..

'Ya allah ya tuhanku,aku ini hambamu yang lemah,aku merindui sahabatku,nazif yang telah mengajarku tentang islam, Aku merinduinya ya ALLAH. Di manakah sahabatku ini ya allah..adakah dia sihat? bagaimanakah keadaannya ya allah?..ya allah,engkau telah mengajar aku erti berukhwah dan engkau juga telah mengingatkan aku supaya bersahabat dengan orang yang soleh,namun kini kau telah campakkan sahabatku yang soleh itu ke tempat yang aku tidak ketahui'..

Aku terus istikomah berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan diberikan peluang untuk aku berubah dan berjumpa dengan sahabatku,nazif. Setelah 4 tahun berdoa,aku seakan berptus asa untuk berdoa,malah aku sudah hilang keyakinan diri. Mahu sahaja aku kembali kepada alam sekolah rendah. Namun,ALLAH itu MAHA MENDENGAR. Segala rintihan doaku selama ini seakan-akan dimakbulkan sedikit demi sedikit.

Aku berjaya menemui sahabatku,nazif di salah sebuah kem di lenggong,perak. Kem ini adalah kem yang telah dianjurkan secara percuma kepada 'anak-anak' dun selat klang di bawah pimpinan YB DR HAJAH HALIMAH ALI. Waktu pertama kali aku menjumpai nazif,aku terasa ingin mengalirkan air mata, apabila merenung wajahnya,dia sama seperti nazif yang dulu. Dia melemparkan senyuman kepadaku. Kelihatannya dia tidak sombong seperti rakan-rakanku yang lain yang sudah terpisah sekolah,malah ada yang lebih teruk,seperti tidak 'mengaku' kawan apabila berjumpa. Namun,nazif bukan begitu. Nazif adalah nazif yang dulu,tiada perubahan pada dirinya..

Aku bersyukur yang amat kepada ALLAH,telah memberikan dan 'memulangkan' semula sahabatku ini. Aku bersyukur ya ALLAH. Lebih membuatkan diriku sedih,apabila nazif mengajakku duduk di sebelahnya di dalam bas ketika kami semua mahu pulang ke klang semula. Aku seakan-akan tringat 'sejarah' di mana aku pernah duduk di sebelahnya di kelas dahulu. Hari aku yang'mendung' kini sudah berubah wajah 'pelangi' semula.

Detik hitam itu seperti mahu kembali semula..sewaktu turun bas,aku terlupa untuk meminta no hp nazif. Ya,aku berasa kesal yang amat sangat seakan-akan peristiwa ini mahu berulang kembali. Lantas aku terus berdoa kepada ALLAH,YA ALLAH, bantulah hambamu yang lemah ini,aku sudah puas 'menderita' ya ALLAH. Janganlah kau pisahkan hati kami setelah engkau 'mencantumkan' hati-hati kami. Setelah pulang,seperti biasa,aku mengalirkan air mata. Aku tidak tahu kenapa dan mengapa air mataku secara automatik mengalir setelah berpisah dengan nazif. Mungkin,inilah ukhwah namanya.

Keesokannya,ada sahabatku mengajakku bermain futsal,jadi tanpa membuang masa,aku pergi ke tempat arena futsal tersebut. Apabila sedang bermain futsal,aku terpandang seseorang sambil mengucapkan kebesaran ALLAH, YA ALLAH, NAZIF!!! hatiku seakan-akan menjadi 'gila' dan terus mengejar sahabatku itu,aku tidak perasan yang dia juga bermain futsal di situ.

ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH mengetahui segala-galanya isi hati hambanya. Cumanya kita sahaja yang perlu bersabar menempuh dugaan darinya. Aku tanpa segan silu meminta no hp nya dan akhirnya dia memberikan no hpnya kepadaku. Aku membalas dengan senyuman. Nazif bersekolah di kelantan iaitu di sekolah maahad darul anwar di pulau melaka berdekatan rumah 'tok guru'.

Hari-hariku terus ceria,walaupun berjauhan dengannya,aku tidak pernah berputus-putus ber 'sms' dengannya. Bagiku,kurniaan sahabat sebaik dia akan ku hargai bukan menjadi 'kufur' dengan nikmat ALLAH ini,dia juga sudah bertukar sekolah ketika di tingkatan lima ke maahad muhammadi di khota bharu. Nazif terus konsisten dengan pelajarannya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SMU dan SPM. Hari ini,nazif mengambil peperiksaan STAM dan bercita-cita besar mahu belajar di Madinah. Sebagai sahabatnya,aku hanya mampu mendoakan agar cita-citanya tercapai.

Aku pernah menyoalnya..'zif,ko ada kawan baik tak? sapa kawan baik ko zif?..
nazif berkata..'wan,kawan baik aku ko la wan..'
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil mengesatkan air mata yang berguguran,
bersyukur kerana 'episod' suka duka ku selama ini di bayar olEh ALLAH YANG MAHA BERKUASA.......