Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Selasa, 17 Ogos 2010

Berpuasa di bumi ipis

salam buat semua rakan-rakan.Buat kali pertamanya aku ingin menceritakan pengalaman berpuasa di bumi ipis ini

first time aku berpuasa di bumi ipis ini,dan ini jugalah kali pertama aku berpuasa tanpa di sisi keluarga tercinta.ada yang menarik dan ada yang kurang menariknya.menariknya di sini,aku dapat berpuasa bersama-sama rakan-rakan dan kami saling berbuka bersama-sama,kami juga dapat melakukan ibadah bersama-sama.alhamdulillah,puasa tahun ni sungguh 'bertuah' kerana cuaca untuk tahun ni tidaklah terlalu panas.hujan mencurah-curah turun ke bumi.

Baiklah,apa yang kurang menariknya,aku berada di sini pada bulan puasa,semakin boros,bukan semakin jimat.makanan di sini bukanlah semurah makanan di klang dan tempat-tempat lain,tetapi makanan di sini memang agak mahal,tidak percaya?datanglah ke bangi ini.

suasana memang agak berbeza tetapi aku telah banyak mempelajari sesuatu di sini.alhamdulillah,aku berjaya mengatasi kekurangan tersebut.dalam bulan puasa ini juga,pada 22hb hingga 31 ogos ini,kami pelajar baru akan pergi 'membantu' untuk sambutan merdeka di putrajaya.mungkin agak penat,(tak tahulah) tetapi mungkin ada perasaan seronok.mungkin juga selepas ini kerja semakin bertambah.ya allah,permudahkanlah segala urusan hambamu ini.amin....

hidup hanya untuk sementara waktu sahaja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan