Halaman


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

AH LAN WASAH LAN!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

aku bukan seorang perwira tetapi aku dilahirkan sebagai khalifah

siapa aku yang sebenarnya?adakah aku seorang perwira zaman kini?ramai yang masih tidak mengenali lagi siapa aku yang sebenarnya....

aku hanya manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan,terlalu banyak melakukan dosa..tetapi aku dan seluruh umat islam dihidupkan di dunia ini,bukanlah menjadi pahlawan yang gah seperti 'hang tuah'..aku juga bukan dilahirkan untuk menjadi seorang yang boleh 'mengubah dunia' tetapi aku dan umat islam dilahirkan untuk menjadi khalifah di bumi allah ini.Aku dihidupkan untuk memakmurkan bumi ini,bukan membinasakannya..

sekarang adalah saat waktu yang ku tunggu2.Menjadi seorang khalifah bukanlah mudah,perlukan kekuatan,perlukan ketabahan,perlukan sokongan,aku bukanlah seorang yang benar2 berilmu,tetapi aku teringin sekali menuju ke arah itu agar aku mendapat keredaannnya.Aku rasa dipanggil untuk memakmurkan bumi yang sudah ketandusan 'para ilmuan' ini.

Dahulunya aku adalah orang yang suka berfoya-foya dengan dunia ini,langsung tidak mengambil peduli tentang umat islam disekeliling.sehingalah satu saat dan waktu,aku diberikan hidayah oleh allah untuk kembali ke pangkal jalan.alhamdulillah,aku telah gunakan waktu tersebut dengan sebaik2nya.walaupun ilmu dalam dada kurang,tetapi semangat untuk berjihad ke jalan allah terlalu tinggi dalam diriku,di bumi ipis inilah aku temui segala2nya.aku temui ramai dalam kalangan manusia yang benar2 ikhlas memperjuangkan agamaNYA. Aku berasa kagum dengan mereka,daripada akhlak mereka sahaja jelas menggambarkan ketinggian islam itu sendiri.

sewaktu diberikan hidayah ini,aku sering kali terfikir,jalan manakah yang patut aku lalui memandangkan umat muhammad telah terpecah kepada 72 puak di akhir zaman ini.lidahku kelu,seakan2 sudah menjadi keliru dengan dunia ini.aku sedih memikirkan tentang diri ini.malang sungguh engkau wahai diri.Dahulunya engkau banyak melakukan dosa,sekarang barulah engkau tercari2 sinar ilahi tu! dah terlambat! ada suara yang membisik ke telingaku supaya aku mengalah..

aku adalah manusia yang sudah berubah! aku mahu berubah ya allah! bantulah aku...saat aku berduka,engkaulah yang sudi melayan ragamku,saat aku gembira,engkaulah yang sentiasa bersamaku,wahai tuhan yang membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hatiku dengan agamamu!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan